Hutang negara baru-baru ini yang mencecah 50 %
daripada KDNK begitu menjadi isu oleh puak pembangkang. Rata-rata
daripada mereka mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada LINGKUNGAN
2015 - 2020 kalau hal ini berterusan. Lantas, Malaysia dibandingkan
dengan Greece. Ada yang mengatakan bahawa hutang negara yang meningkat
ini akan membawa kepada bankrapsi. Benarkah sedemikian?
Pertama, sebelum bercakap mengenai hutang negara, kita perlu tahu bahawa hutang negara pun boleh terbahagi kepada dua. Iaitu Internal Debt dan External Debt.
Apa itu Internal Debt? Internal Debt boleh dikatakan sebagai hutang
dalaman. Biasanya melibatkan proses penghutangan antara kerajaan dan
rakyat. Rakyat boleh jadi siapa sahaja seperti badan yang meminjamkan
wang di dalam negara tersebut. Pendek kata, internal debt itu ialah
segala yang melibatkan apa hutang di dalam negara.
External debt pula ialah hutang dalam negara yang terjadi antara
kerajaan dan pemiutang daripada luar negara. Badan yang berhutang boleh
jadi kerajaan, organisasi ataupun individu sendiri. Badan yang
menawarkan hutang pula boleh jadi kerajaan negara lain, IMF, dan Bank
Dunia. Kita akan mengulas benda ini dalam perbincangan kita yang akan
datang.
Benarkah dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa kalau kita berbelanja lebih daripada pendapatan maka kita akan bankrap?
Seperti mana yang kita tahu, isi rumah menambah pendapatan mereka
melalui kerja dan pelaburan. Manakala syarikat pula, mereka mendapat
pendapatan melalui penjualan barang-barang dan perkhidamatan mereka
misalnya. Pendapatan kerajaan pula datangnya daripada cukai langsung dan
tidak langsung. Di sini dah cukup untuk membangkang apa yang dikatakan
oleh pembangkang bahawa kerajaan dan isi rumah lebih kurang sama fungsi
dengan isi rumah.
Kita juga kena faham bahawa cukai ini dikawal oleh kerajaan.
Bila-bila masa sahaja kerajaan boleh menaikkan cukai dan menurunkan
cukai. Jadi, tiada kekangan dalam pendapatan kerajaan berbanding isi
rumah. Kalau melalui perbelanjaan kerajaan mampu menimbulkan keupayaan
produktif ekonomi, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan dengan tanggapan
pembangkang yang berfikir bahawa hutang negara sama seperti isu rumah –
sekiranya kerajaan membelajakan lebih daripada pendapatan KDNK, maka
negara akan bankrap.
Kita teruskan perbincangan kita mengenai kadar hutang yang ditanggung
oleh negara. Seperti mana yang kita tahu, hutang sesebuah kerajaan itu
boleh dibahagi dua iaitu Internal Debt dan External Debt.
Kerajaan memerlukan wang untuk menguruskan negara. Kerajaan bukannya
mencetak wang dikilang. Selain daripada sumber cukai, cara lain kerajaan
menambahkan pendapatan ialah melalui pinjaman wang daripada BNM. Jadi,
kerajaan menjana pendapatan dengan meminjam duit daripada BNM dan secara
tidak langsung, kita akan melihat pertambahan hutang negara. Hutang
seperti itu dikategorikan sebagai internal debt. Jadi, seperti mana yang
kita tahu, selagi kerajaan mampu menjanakan ekonomi, maka tidak ada
yang perlu dirisaukan melaluinya. Lainlah, kerajaan berhutang melalui
external debt.
Kenapa saya tekankan external debt? Sebenarnya external debt inilah
yang sangat berbahaya. Pakar ekonomi semuanya sependapat bahawa external
debt sebenarnya membawa kepada ranapnya sebuah negara.
Mungkin ada yang bertanya apa bezanya hutang dengan luar dan dalam
negara? Namanya tetap hutang. Sebenarnya begini, kita kena faham
bagaimana sebuah kerajaan dan bank dunia berkerja.
Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada German merumuskan bahawa
external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt.
Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa
luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan
negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah
pentadbiran.
Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 %
daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur
kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada
Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external
debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag
mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara
Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka,
tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti
negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.
Sekarang, kita ambil contoh negara Malaysia. Berdasarkan rekod
terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kita menduduki tangga ke-48
dunia dengan jumlah external debt negara kita dalam angka 30 % daripada
KDNK.
Kalau IKUT LOGIK PEMBANGKANG, Malaysia yang berhutang 30 % ini
dikatakan akan bankrap pada tahun 2015 misalnya, maka kita akan melihat
ada lebih kurang 47 negara lagi yang akan bankrap lebih awal daripada
Malaysia.
USA misalnya mempunyai external debt lebih kurang 103 % daripada KDNK
mereka. Negara Jepun yang diambil contoh oleh pakar ekonomi di atas
hanya mempunyai 45 % sahaja hutang external debt daripada KDNK mereka
walaupun kita tahu hutang mereka mencecah 200 %.
United Kingdom, 390 % daripada KDNK mereka, Belanda – 344 %, Belgium
dengan 266 % daripada KDNK mereka, Turki dengan 40 % daripada KDNK
mereka sudah cukup untuk membuktikan kalau mengikut logik pembangkang,
ada puluhan negara lagi yang sedang menanti untuk bankrap lebih awal
daripada Malaysia.
Dan tahukah anda jumlah negara yang berhutang di atas ranking
daripada Malaysia semuanya terdiri daripada negara-negara maju? USA,
Jepun, China, Italy, Jerman, Hong Kong, Ukraine, Korea Selatan, Denmark,
Austria, Finland. Kenapa tiada seorang pun suara pembangkang mengatakan
bahawa negara-negara ini akan bankrap?
Seterusnya, dakwaan pembangkang mengatakan bahawa Malaysia akan jadi
seperti Greece – BANKRAP dalam 10 tahun lagi, ada yang cakap beberapa
tahun lagi. Benarkah dakwaan ini?
Kita buat perbandingan, Malaysia tidak pernah untuk mencarum untuk
hutang luar manakala Greece memang terkenal melakukan perkara itu sejak
sekian lama. Greece mempunyai hutang kepada nisbah pendapatan lebih 100%
untuk dua puluh tahun yang lalu, nisbah pada waktu ini mencecah 150 %.
Hutang Malaysia jika dilihat dari KDNK mempunyai nisbah sebanyak 70 %
pada 25 tahun yang lalu dan pada hari ini, sekadar 50 % daripada KDNK.
Greece juga berhutang hampir 2/3 daripada KDNK mereka kepada negara luar
manakala Malaysia sekadar 1/5 sahaja. Kita juga kena ingat bahawa
negara seperti Greece tidak mempunyai kawalan terhadap insuran duit
mereka kerana mereka berada dalam zon eropah dan ini sangat berbeza
dengan Malaysia.
P.S: Part dua akan membincangkan mengenai inflasi dan defisit
serta banyak lagi sub-tajuk yang berkaitan dengan Hutang Negara, In Sha
ALLAH.
negara mana yang takde hutang.... at least kirta kene bersyukur kerana walaupun malaysia ada hutang, ianya masih terkawal dan rakyat masih lagi menerima pelbagai bantuan
ReplyDeleteentry terbaru: http://duniabisnes123.blogspot.com/2013/01/kesungguhan-di-dalam-berniaga.html
Malaysia yang dikatakan 'bakal bangkrap' ni pun boleh beri bonus 1 setengah bulan gaji pada kakitangan kerajaan (1 bulan bonus unutk hujung tahun). Selangor yang selalu mendabik dada kononnya jumlah simpanan kewangan mereka dah mencecah RM 2.5 billion, langsung tiada bajet untuk pemberian bonus bagi kakitangan awam mereka....
ReplyDeleteKalau masa bonus hari raya yg lepas, pencacai mereka riuh kerana kononnya berkat 'kerajaan yang bagus' boleh beri bonus 'lebih sikit' dari kerajaan pusat. Hujung tahun dan awal tahun ni padan muka siapa yang sokong sangat kerajaan fuckatan kat Selangor tu.... harap duit RM100/anak dan RM500 dari kerajaan BN yang tak 'pandai ekonomi' ni jugak la mereka SEBAT....