UMNO BAPAK KONSPIRATOR
1. Perisikan UMNO adalah yang terbaik seantero dunia. CIA, Mossad, KGB
dan segala macam agensi perisikan di dunia ini pun tak mampu nak buat
sebagaimana yang UMNO berupaya buat.
2. Hebatnya UMNO kerana mereka boleh pastikan Azizan digaji Anwar sebagai driver Azizah. Kemudian UMNO hasut pula Mior
jadi tukang jahit baju Azizah. Seterusnya mereka rekrut pula Sukma
untuk jadi adik angkat Anwar. Mereka ini adalah orang yang pernah
dikaitkan dengan skandal liwat Anwar. Hebat betul UMNO hingga boleh
mencaturkan mereka agar dapat menyelinap masuk ke dalam kehidupan
peribadi Anwar.
3. Tak habis di situ, UMNO boleh paksa pulak
bekas tokey judi si Nallakarupan untuk bersahabat baik dengan Anwar
sehingga Anwar gembira main tenis setiap minggu dengan Nalla. Tak cukup
dengan itu, Azmin Ali yang asalnya jadi pegawai khas Che Det, tetiba
boleh pulak Anwar mintak izin Che Det supaya Azmin dapat bekerja bawah
dia sendiri. Lepas tu UMNO ugut pulak isteri Azmin, si Shamsidar untuk
selalu bergayut telefon dengan Anwar sehingga Shamsidar terlepas cakap
mengaku dengan saudara mara sendiri yang Anwar itu boyfriend dia.
4. Nak tambah hebat lagi, UMNO boleh paksa Anwar ambil Saiful bekerja
sebagai pembancuh kopi dan boleh pulak UMNO umpan Anwar untuk suruh
Saiful ke Kondominium Desa Damansara, sebuah lokasi mesyuarat rahsia
Anwar yang hanya 2 orang sahaja kakitangan pejabat PKR yang tahu
tempatnya selama ini. Canggihnya UMNO kerana ada remote control yang
boleh memastikan alat kelamin Anwar menegang sehingga terpancut air mani
dalam dubur Saiful, di kondominium milik sahabat baik Anwar sendiri
pulak tu? Siapa lagi yang boleh keluarkan air mani Anwar kalau bukan dia
sendiri atau dengan kerjasama Azizah. Dan paling best UMNO boleh pulak
paksa Saiful mengaku diliwat tanpa mempedulikan keaiban yang terpaksa
ditanggung oleh keluarga dan keturunan Saiful. Huh...kagum pulak dengan
kehebatan UMNO ni.
5. Tapi yang paling hebat di antara yang
terhebat ialah sejak 1998 hingga 2011, yakni sudah 13 tahun berlalu,
semua orang yang kononnya telah diupah untuk merencana konspirasi
terhadap Anwar selama ini, tetapi TIADA SEORANG PUN yang tampil kepada
umum untuk mengakui bahawa ini semua semenangnya konspirasi rancangan
UMNO dan Kerajaan. Kesemua mereka yang bekerja di mahkamah, pejabat
Peguam Negara, anggota polis, kakitangan HKL, kakitangan Pusrawi,
kakitangan pejabat KDN, pejabat JPM, pejabat Kementerian Kewangan,
tukang sapu, pembancuh teh, posmen, telefonis telekom, pekerja syarikat
telekomunikasi, jaga mahkamah, jaga kondo, jaga hospital, jaga Anwar dan
segala macam jenis manusia yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dengan kes Anwar, pasti sudah sangat MASYUK di bayar oleh
UMNO selama ini sehinggakan mereka tidak berani membuka mulut walau
seinci pun untuk mengatakan, "YA, KAMI MENGAKU TELAH DIBAYAR OLEH UMNO
UNTUK BERKONSPIRASI TERHADAP ANWAR!"
6. Maha hebat sungguh UMNO
sehingga berjaya mengunci semua mulut orang yang terlibat dalam
rekayasa konspirasi selama hampir 13 tahun. Pasti mereka semua tu dah
kaya raya dibayar oleh UMNO.
7. Ingatkan selama ini hanya CIA,
Mossad dan KGB saja yang hebat. Tapi rupanya UMNO yang paling hebat
serta layak diiktiraf sebagai 'Bapa Konspirator Dunia'.
Hahaha...lawak..lawak!
8. Apa yang kebanyakan pencacai
pengangkut najis Anwar tidak tahu ialah, semasa mula-mula kes Saiful
sampai ke pengetahuan HKL, Polis, Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah,
hampir kesemua kakitangan mengeluh, "Alamak...tak kan la kes ni lagi."
"Aduh! Pening la macam ni. Kita buat kerja jujur macam mana sekalipun,
rakyat bukan nak percaya." "Apahal la Nuar ni buat perangai lagi? Nanti
kita jugak yang kena hentam...bukannya dia!"
9. Itulah antara
keluhan yang terlafaz dari mulut kebanyakan kakitangan HKL, Polis,
Jabatan Peguam Negara serta Mahkamah. Mereka tahu yang kes liwat ini
susah untuk dibuktikan. Dan yang paling susah adalah untuk buat orang
ramai yakin dan percaya. Lagipun mereka sendiri dah letih nak melayan
tuduhan konspirasi pembangkang yang tak habis-habis nak memfitnah
Mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Polis dan HKL selama ini.
10.
Belum lagi cerita perihal Mat Sabu dan Karpal Pusingh selaku individu
terawal yang menghebohkan kepada umum isu Menteri BN meliwat pada 1997;
sampai sanggup memberi gelaran Anwar Al-Juburi. Tapi sekarang mereka
pula yang beriya-iya membela si Al-Juburi.
11. Tak masuk lagi
bab cecite...cecite video seks di Lanson Place. Orang lain yang sepahkan
air mani, UMNO dan Kerajaan pulak yang dituduh berkonspirasi.
12. Mungkin Allah SWT memang nak bagi hidayah, tetapi kita pula sombong
dan enggan berfikir akan petunjuk yang telahpun terbentang di depan
mata.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
"Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang." (Ghafir:35)
Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:
الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Credit 2: RichAlam
No comments:
Post a Comment