SHARIFAH ZOHRA DAN SHASHA MENDOZA : IKON ANAK MUDA YANG RASIONAL ! ABG GAP NAK JUMPA ANDA BERDUA.
KISAH IKON 1
SUMBER HARAPAN ESOK
Pendidikan
percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika
perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi
kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan
dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau
sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.
Tetapi,
kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan
program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar
dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada
menyentuh langsung soal politik.
Sharifah
juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai
soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan
kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami
untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti
Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun
yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu
untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani
menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah
Sharifah pada hemat saya.
Tetapi
saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan
masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang
dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu
ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.
Berbalik
kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh
Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang
percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya
untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli
sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga
dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya
melalui mekansime yang lain.
Sebagai
contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara
yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada
bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana
dengan keadaan di negara berkenaan.
Saya
ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma
dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos
tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos
pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa
di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarny telah mengabaikan
golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. 1
daripada 9 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada
golongan miskin manakala yang kayanya mendominasi di sana.
Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?
Sebelum
nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan
mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university,
selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai
soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia
dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara
mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari
minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi,
buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?
Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)
Mari-mari
menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel
yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai.
Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
Bandingkan
dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem
pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan
yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?
Turki?
Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya
menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah
daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan
percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke
tingkatan 6 sebenarnya.
Finland?
Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat
sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang
pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA
(IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan
subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar
hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50
peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun.
Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?
Negara-negara
yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil
contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun
kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan
hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia
untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya.
Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah
kita kongsikan. Assalamualaikum. -HE
KISAH IKON 2
PETALING JAYA: Seorang
‘bintang Twitter’ dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan
Rakyat (KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.
Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan.
Dia menerima kritikan daripada penyokong pembangkang.
Tweet-nya
berbunyi: “Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda
boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang
dilakukan oleh kerajaan.
“Anwar
berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua
adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk
bayar hutang rakyat? Fikir.”
Pandangannya itu kemudianya menerima kritikan apabila dia ‘diserang’ penyokong pembangkang di laman sosial berkenaan.
Seorang pengguna Twitter menghantar tweet kepada Shasha: “Saya pasti anda bodoh kerana anda hanya menonton berita TV3.”
Bagaimanapun
pelajar universiti berusia 19 tahun berkata, kritikan ganas yang
diterimanya itu tidak akan menjejaskan atau mengubah pendiriannya kepada
Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak takut diserang oleh penyokong pro-pembangkang. Saya akan berdiri teguh dan masih akan menyokong kerajaan.
“Kerajaan
kita sudah menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan rakyat termasuk
pendidikan yang baik, akses yang mudah kepada kemudahan kesihatan dan
elaun khas bagi golongan yang memerlukan.
“Namun ada sesetengah orang tidak menyedari perkara ini,” katanya kepada The Star pada Ahad.
Menurut
Shasha dia tidak ditekan untuk memadam mana tweetnya dan menambah:
“Kita hidup dalam sebuah negara yang aman dan harmoni dengan ekonomi
yang stabil kerana dasar-dasar kerajaan.
“Sudah
tentu beberapa dasar yang dibuat tidak berlaku dengan sempurna tetapi
saya percaya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu diberkati.”
Ditanya
jika dia merancang untuk menyertai politik, dia menyatakan minat tetapi
hanya akan melakukannya selepas mencecah usia 21 tahun dan menamatkan
pengajiannya.
sumber
sumber
Belajar kat Tadika PASTI, KUIN, KUIS, UNISEL pun kena bayar yuran itu ini...tak de pun free.
ReplyDelete