PERISYTIHARAN DAP MUSUH NOMBOR SATU NEGARA
MUSUH ISLAM AKAN MENYAMAR SEHINGGA UMAT ISLAM DITERPEDAYA |
Kemudian musuh utama negara seterusnya ialah Dadah. Jangan cakaplah, jika kamu pergi ke Masai Johor, bersebelahan kubur terbiar, anda boleh lihat penagih-penagih dadah bagaikan mayat hidup, jika ditiup angin gerenti jatuh dek terlalu kurus dan kering.
Dekad ini, musuh utama negara ialah DAP. Kenapa DAP? Kerana DAP berjaya memperbodohkan umat Islam dan orang Melayu. Pantang ada sedikit peluang, semua nak rampas! Semasa menang di Perak, DAP mati-matian mahu menjadi Menteri Besar Perak walaupun mereka tahu Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan MB mestilah seorang Islam dan Melayu! DAP melalui Karpal mahu juga meNyaman Sultan Perak! Kamu tahu di mana asal-usul Karpal Singh?
Kini, baru semua orang tahu rupa-rupanya dengan sedikit tekanan, mereka bersedia memberi MB Perak kepada Nizar dengan Syarat beri tanah di Kelantan berpuluh-puluh ribu ekar kepada Ngah dan Ngeh (DAP). Kamu kira sekarang, jika tanah berpuluh ribu ekar itu diberikan kepada rakyat Kelantan seorang 3 atau 5 Ekar, berapa ribu rakyat Kelantan akan dapat Tanah?
Kamu mahu tahu kenapa DAP mensyaratkan tidak mahu menerima Anugerah daripada Raja-Raja Melayu? Jawapannya mudah, kerana mereka tidak iktiraf Raja-Raja Melayu! Ingatkah kamu apa kata Lim Kit Siang...dia kata Raja-Raja di Malaysia nonsone...semuanya Lanun dan Perompak! Kamu lupakah apa Lim Guan Eng kata semasa mengangkat sumpah sebagai KM Pulau Pinang. Dia berkata inilah hari yang paling aku benci kerana terpaksa tunduk dan mengangkat sumpah di depan orang Melayu dan Islam (iaitu Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang)!
Kamu sudah lupakah bagaimana DAP menghasut orang Cina supaya jangan undi MCA. Mereka tulis dalam banner dan edaran mereka, "Undi MCA=Undi Melayu/Islam". Lu pikirlah sendiri...Pernah kamu dengar dari Mulut Mat Sabu dia menafikan Tuduhan Razali, bekas pemimpin DAP Penang yang Lim Guan Eng meng'sponsor' Mat Sabu ber'enjoy di tanah seberang. Pernah kamu bayangkan Mat Sabu menyokong orang-orang Komunis. Semua itu suara-suara DAP, Dapig, Dapsy yang tak mampu ditolak oleh Mat Sabu. Nak saman Razali pun mereka tak mampu nak buat! Takut pecah segala rahsia di belakang tabir...
Maka itu, pakat-pakat tinggalkan DAP. Bisik-bisikkan sampai-sampaikan tolak DAP dalam PRU13 nanti dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya. Tolak PKR dan Anwar kerana mereka sudah diikat DAP, tolak PAS kali ini kerana mereka sudah terpedayadibeli oleh DAP...
bersambung...
No comments:
Post a Comment