Thursday, January 31, 2013

KAWAN JKKKPKSS DIANIAYA..SIAPA BOLEH TOLONG..!!!!

Kesian kat kawan JKKPKSS ni..dulu dia dan isteri terpisah. Laki mengajaq di Johor, bini mengajaq di Pulau Pinang. Lepas tu baru dapat duduk bersama dan mengajar di Pulau Pinang selama 8 tahun. Selepas isi borang bertukar balik ke Kedah pada tahun 2011, yang dapat bertukar pada tahun 2012 hanya kawan JKKPKSS seorang sahaja, isteri dia gagal. Yang peliknya pertukaran bersama tetapi yang di tukarkan hanya seorang.

Keadaan ini telah menyukarkan hidup kawan JKKPKSS ni. Oleh kerana nak tinggal bersama..nak duduk di kampung, maka isteri kawan JKKPKSS ni berulang aliklah dari Kota Sarang Semut ke Pulau Pinang sejauh 240km pergi dan balik setiap hari. Bayangkanlah...setahun tahun 2012, isteri dia berulang..letih badan dan juga letih 'poket'. Bangun seawal 4 pagi dan hanya akan sampai balik ke rumah jam 4 petang. Rasa macam dah tak ada daya lagi.

Kawan JKKPKSS ni bukanlah nak ingkar arahan tetapi kesal dengan tindakan pegawai kementerian pelajaran...buat kerja seolah-olah macam tak ada otak..sepatutnya kalau pertukaran bersama tu maksud dia dua-dua laki bini ditukarkan atau dua-dua tak ditukarkan...ini tidak, buat kerja ikut mood saja..ikut suka saja nak tukar cikgu.

Syarat cukup tahun perkhidmatan dah tentu cukup sebab ada cikgu yang baru setahun , dua tahun berkhidmat pun dah dapat bertukar balik ke Kedah.  Kabel apa yang depa pakai pun tak tau. Kawan dan bini kawan  JKKKPKSS ni pun jarang ambik MC, berkhidmat dengan penuh dedikasi. Cuti Rehat Khas yang 7 hari setahun tu pun tak pernah habis...masih tak dapat tukar jugak..!!!

 Macam-macam rayuan dah buat. Kawan JKKKPKSS ni aktif juga dengan politik UMNO ni..dah macam-macam surat rayuan dia bagi kat pemimpin-pemimpin UMNO...nak minta tolonglah guna kabel politik..tapi gagal..tak taulah sama ada depa tu jumpa TS Muhyiddin bawa surat rayuan dia atau depa terlupa nak bagi surat masa tengah minta projek juta-juta dengan TS Muhyiddin.

PRU 13 dah dekat...kawan JKKPKSS tu pula SETIAUSAHA PETI DAERAH MENGUNDI . Mana nak buat kerja parti...berjuang untuk agama, bangsa dan negara..mana dengan letih..tidoq tak cukup. Balik sekolah, UMNO panggil meting..sat petang..sat malam...Silap-silap kawan JKKKPKSS ni laki bini mati eksiden atas jalan saja.

Kadang-kadang dia kata sakit hati juga, pemimpin bagi arahan suruh buka peti undi dah..kena buka sampai pukul 12 tengah malam..meting unit tu unit ni..isi borang nu borang ni..tapi ada depa pikiaq pasai kebajikan orang bawah. Habih sangat kalau mati eksiden...DS Najib dan TS muhyiddin akan ucap takziah atas pemergian pekerja parti...itu saja...

kalau ikut hati tu,  dengan kelakuan pemimpin-pemimpin UMNO ni , kawan JKKPKSS rasa macam nak kempen untuk Pakatan Rakyat saja...tetapi demi agama, bangsa dan negara...kawan JKKKPKSS ni letak tepi dulu rasa marah dan geram dia...dia nak tengok UMNO  dan BN menang besar kali ni...

Kalau adalah sapa-sapa yang boleh tolong kawan JKKPKSS ni..tolonglah..kesian kat dia...kat bawah ni ada surat rayuan bini dia kepada TS Muhyiddin...takkanlah orang-orang kuat TS Muhyiddin tak boleh tolong..kalau kita tak boleh tolong penyokong kuat kita sapa lagi nak tolong..takkan nak minta tolong kat Lim Guan Eng...Nik Aziz..Anwar Ibrahim kot...







Noor Dalilah binti Abdul Rahman,
101, Batu 9 ¾ Kota Sarang Semut,
06800 Alor Setar, Kedah.                                                                                                 3Januari 2013

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pelajaran
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4 Blok Barat, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya,
62502 PUTRAJAYA.

YAB Tan Sri,

RAYUAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman pihak YAB Tan Sri , Saya, Noor Dalilah bt Abdul Rahman (791118025320) yang sedang berkhidmat di SK St Xavier Cawangan, Pulau Tikus, Pulau Pinang telah mengemukakan permohonan untuk bertukar mengikut suami, Norhisyam bin Mohamad (731127025029) yang sedang berkhidmat di SMKA Yan, Yan, Kedah.

2. Bagaimanapun permohonan saya telah gagal. Justeru itu saya ingin merayu kepadaYAB Tan Sri agar mempertimbangkan semula permohonan pertukaran saya atas sebab-sebab berikut :
           
a. Saya dan suami telahpun berkhidmat selama 10 tahun di Pulau Pinang.

b. Sebelum ini suami saya mengajar di negeri Johor selama 3 tahun (2004-2006) manakala saya pula mengajar di Pulau Pinang.

c. Suami saya dapat bertukar ke Pulau Pinang pada tahun 2007

d. Setiap tahun saya dan suami telah mengemukakan permohonan pertukaran secara bersama
namun gagal tapi saya tidak kisah asalkan kami masih mengajar di negeri yang sama.
           
e. Walaupun ada guru yang baru setahun bertugas di sekolah saya dapat bertukar balik ke negeri
Kedah, saya juga tak kisah sebab saya dan suami masih bersama mengajar di Pulau Pinang.
           
f. Walaupun kami tidak dapat bertukar, saya dan suami tetap memberikan perkhidmatan yang
terbaik, kami jarang mengambil cuti sakit malahan Cuti Rehat Khas kami setiap
tahun tidak pernah habis.

g. Namun begitu pada tahun 2012 entah dimana silapnya, hanya suami saya sahaja dapat
bertukar balik ke Kedah walaupun status permohonan pertukaran kami ada pertukaran
bersama.

h. Saya telah merayu kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar menyemak
semula keputusan rayuan bersama tersebut, tetapi rayuan saya gagal.
           
i. Saya dan suami secara positif berfikir mungkin KPM memerlukan masa untuk menyelaras
semula pertukaran saya mengikut suami balik ke Kedah.

j. Justeru, saya akur dan terpaksa berulang-alik dari Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah ke
tempat kerja, SK St Xavier Cawangan, Pulau Tikus, Pulau Pinang setiap hari sejauh 240km.

k. Setiap hari saya terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi untuk menguruskan anak kecil sebelum
bergerak ke sekolah dan hanya akan tiba semula di rumah antara jam 4 petang hingga 6
petang bergantung kepada aktiviti dan mesyuarat sekolah.

l. Bagaimanapun saya merasa sangat letih dan konsentrasi saya terhadap proses Pengajaran dan
Pembelajaran terganggu begitu juga dengan kehidupan berkeluarga saya.

m. Apabila permohonan dan rayuan pertukaran saya bagi tahun 2013 gagal lagi, saya berasa
amat tidak berdaya untuk melakukan perkara yang sama bagi tempoh setahun lagi

Justeru saya merayu kepada pihak YAB Tan Sri, pertimbangkanlah permohonan saya, seorang guru yang telah pun menjalankan tanggungjawab saya dengan begitu amanah dan jujur sekali selama ini, tidak pernah sesekali saya termakan hasutan pihak-pihak tertentu untuk kerap mengambil cuti sakit, datang lewat dan mencipta pelbagai masalah dengan pihak pentadbir supaya saya dapat bertukar.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas pertimbangan dan perhatian yang diberikan oleh YAB Tan Sri.

Sekian.

Yang benar,

Noor Dalilah binti Abdul Rahman

No comments:

Post a Comment