[Pakatan FITNAH] Peringatan Allah tentang orang FASIK seperti Rafizi Ramli
SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain.
Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ
kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam
bermasyarakat.
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada
dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan
tuntutan sebagai manusia.
Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan
sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu
seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia
menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu
daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang
ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)
Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam
percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara
penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang
disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita
sampaikan kepada orang lain.
Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
- Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
- Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input
dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha
dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT
memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji
terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang
bermaksud: Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu
menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak
terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah
menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami
maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa
bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil
kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.
Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu
hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas
tentang perkara tersebut”.
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa
fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah
yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh
menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat
besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan
r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku
tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat
Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang
ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan
wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan
kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”
No comments:
Post a Comment