Akhirnya berjaya juga Ngeh dan sepupunya Nga mengumpul duit sebanyak RM31j untuk membeli tanah di Kelantan....orang Melayu luar pun tak boleh beli tau...
Rakyat Ingin Tahu Bagaimana Nga, Ngeh Dapat RM31 Juta Untuk Beli Upayapa...
30/12/2012 -- Rakyat ingin tahu bagaimana Nga, Ngeh dapat RM31 juta untuk beli Upayapadu: Datuk Hamidah Osman
PENGERUSI DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming perlu menjelaskan sumber wang yang mereka diperolehi untuk membeli dan memiliki syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Mukim Relai, dekat Gua Musang, Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata rakyat ingin tahu bagaimana mereka memperolehi dana sebanyak RM31 juta bagi tujuan membeli syarikat tersebut.
"Mereka masih berdolak-dalih mengenai perkara ini dan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan isu lain pula.
"Cara paling terbaik ialah mereka perlu tampil mendedahkan dan menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Perak di Pasar Raya Mydin, Meru Raya, dekat Ipoh hari ini.
Sementara itu, Hamidah yang juga ADUN Sungai Rapat, kesal dengan tindakan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming yang masih berdegil dan enggan memberi kenyataan kepada polis berhubung kes ugutannya terhadap beliau.
Menurutnya, pihak polis telah meminta Kor Ming tampil untuk memberi keterangan berhubung ugutan terhadap dirinya kerana mendedahkan skandal pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, lalu.
"Sehingga hari ini, beliau gagal memberi keterangan berkaitan ugutan itu sebaliknya ADUN Tronoh, V. Sivakumar pula yang tampil membuat laporan polis.
"Saya kecewa dengan sikap beliau itu dan jika saya telah membuat laporan palsu berhubung ugutan itu, maka Kor Ming sendiri yang patut buat laporan polis dan bukannya Sivakumar kerana pada masa itu, dia tidak ada di situ.
"Walaupun sudah diminta datang untuk memberi keterangan, Kor Ming tidak hadir dan difahamkan Timbalan Pendakwa Raya akan keluarkan arahan untuk meminta beliau hadir beri keterangan berhubung laporan polis saya terhadap ugutan yang dibuat olehnya," katanya.
Pada 22 Disember lalu, Hamidah membuat laporan polis terhadap Kor Ming kerana mengeluarkan ugutan terhadapnya selepas mendedahkan skandal pemilikan tanah milik Kerajaan PAS Kelantan.
sumber
No comments:
Post a Comment