Wednesday, January 2, 2013

KALAU PAKATAN MENANG PRU13...KESIAN KAT PAS...!!!

Aku tak kisah kalau PAKATAN RAKYAT menang PRU13 nanti dan memerintah negara...cuma aku bimbang, sebab tiada PRINSIP... Melayu PAKATAN RAKYAT yang diperintah oleh DAP nanti...telah banyak petunjuk Allah hidangkan kepada kita..Melayu Pakatan Rakyat cuma jadi budak suruhan@kopi boy.....tapi itulah nasib orang yang tiada prinsip hidup...hilang agama...hilang maruah...hilang segalanya...


Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah
9:23PM Mei 15 2010  
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik azizMenteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.
SUMBER

 - Bernama

No comments:

Post a Comment