Thursday, January 17, 2013

MAAF..INI BUKAN NEGARA PARIA...!!!!

Tindakan tegas harus di ambil ke atas mereka yang terlibat membakar kenderaan JPJ. Tak kira atas apa sebab sekalipun, merosakkan kenderaan penjawat awam yang menjalankan tugas adalah satu kesalahan yang besar. Apa yang  dilakukan oleh petugas JPJ adalah bukti komitmen mereka dalam menjalankan tugas demi keselamatan rakyat...!!!







Polisakan menahan tonto yang merosak dan membakar kenderaan JPJ dan akan memanggil Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham memberi keterangan berhubung kenyataan dalam laman twitternya mengenai kemalangan membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Sitiawan

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kemungkinan itu ada bagi membantu dan menambah baik siasatan polis.

"Mungkin ada pihak lain akan dipanggil dan bukan Ngeh sahaja, katanya ketika ditemui pemberita selepas program Kepolisan Berprofil Tinggi di Universiti Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.

Pada 11 Januari lalu, Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitternya iaitu: "jpj purportedly cross divider to get a lorry causing the big pile up. People ask, if jpj does nt (not) follow the law why shd (should) we?"

[(kenderaan) JPJ sengaja melintasi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori menyebabkan kemalangan besar. Rakyat bertanya, jika JPJ tidak mematuhi undang-undang, mengapa kita patut (patuhi undang-undang)]

Mohd Shukri juga berkata polis masih merakam keterangan empat suspek yang ditahan sebelum dan selepas kejadian itu dan masih mengenal pasti beberapa lagi suspek melalui rakaman video termasuk yang dimuatnaik dalam Youtube berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata setakat ini tiga saksi bebas telah tampil bagi membantu siasatan polis. 


"Kita akan mengenal pasti suspek seorang demi seorang dan kemungkinan kita akan menahan lebih ramai suspek.

"Ada rakaman video dibuat mereka yang tidak dikenali termasuk yang kita lihat di Youtube. Teknologi membantu kita dan perlu lakukan sesuatu mengenainya," katanya.

Mengenai dakwaan keempat-empat suspek itu adalah 'tonto', beliau berkata latar belakang kesemua suspek belum diperincikan lagi namun mereka disyaki terlibat dalam perbuatan membakar kenderaan JPJ terbabit semasa kejadian itu.

Beliau berkata orang ramai tidak sepatutnya menuduh kononnya polis cuba menyembunyikan fakta kejadian sebenar kerana semasa kejadian, pihaknya turut mendengar laporan daripada orang ramai yang menjadi saksi kejadian.

"Polis tidak memanipulasi atau melindungi apa-apa fakta. Apabila kita lakukan siasatan yang lebih teliti, kemungkinan cerita yang mula-mula itu akan berbeza selepas ada saksi dan orang yang datang memberi keterangan maka siasatan kita akan lebih tepat lagi," katanya.

Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda JPJ Seri Manjung diterbalik dan dibakar orang ramai di Km 12 Jalan Sitiawan-Ipoh di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.

Kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip dan sebuah motosikal mengakibatkan empat cedera parah dan 11 cedera ringan

No comments:

Post a Comment