Monday, January 7, 2013

MASYARAKAT DAN POLIS NEGARA LAIN

Masih menghentam sistem masyarakat dan polis negara ini....????



Pemuda dedah kejadian rogol

NEW DELHI 5 Jan. - Teman lelaki kepada mangsa rogol beramai-ramai di India, hari ini buat kali pertama muncul dalam satu temu ramah dengan sebuah saluran televisyen, mendedahkan sifat tidak berperikemanusiaan polis dan penduduk awam di bandar raya ini berhubung insiden itu.
Polis India bagaimanapun berkata, mereka telah memfailkan kes ke atas saluran berita berbahasa Hindi, Zee News kerana menyiarkan wawancara tersebut.
Polis menyatakan, penyiaran wawancara itu boleh membawa kepada pengenalan mangsa, sekali gus melanggar undang-undang yang melayakkannya tidak dikenal pasti.
Dalam temu ramahnya, lelaki berusia 28 tahun yang tidak didedahkan namanya itu berkata, dia dan mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel di atas jalan selepas dipukul dan dicampak keluar dari bas dalam kejadian pada 16 Disember lalu.
Namun katanya, orang ramai hanya berhenti melihat dan kemudiannya berlalu pergi tanpa memberi pertolongan.
Menurutnya, mereka terpaksa menunggu kira-kira tiga jam sebelum dibawa ke hospital.
"Teman wanita saya ketika itu cedera parah, darahnya terus mengalir, tetapi kereta dan motosikal hanya memperlahankan kenderaan mereka dan berlalu pergi.
"Saya terus meminta pertolongan. Ada yang berhenti menanyakan apa yang berlaku, tetapi tidak ada yang berbuat apa-apa," katanya yang patah kaki dan berkerusi roda kepada Zee News.
Menurut lelaki itu, sikap tidak berperikemanusiaan tersebut berterusan selepas polis tiba di tempat kejadian apabila anggota yang tiba dengan tiga van tidak terus membantu mereka, sebaliknya berbalah tentang bidang kuasa masing-masing.
"Kami terus merayu bantuan ambulans dan pakaian sehinggalah seorang daripada mereka yang memakai kain akhirnya menawarkannya kepada saya untuk menutup badan teman wanita saya.
"Saya juga terpaksa mengangkat sendiri teman wanita saya ke dalam van," ujarnya.
Tambah beliau, polis juga membawa mereka ke hospital kerajaan yang terletak jauh dari tempat kejadian.
Dalam perkembangan terbaru kes hari ini, pendakwa raya Rajiv Mohan berkata, pihaknya telah menerima bukti forensik yang mengaitkan lima suspek dengan kejadian rogol itu.
Katanya, semua suspek akan dihadapkan ke mahkamah untuk sebutan kes Isnin ini. - dpa/AFP

No comments:

Post a Comment