Friday, January 25, 2013

kalau bukan dgn diplomasi...

Assalamualaikum,

Saya Fahmi bin Faiz,penulis travelog terbitan Karangkraf bertajuk Bila Kupetik Gitar. Berkisahkan kembara solo saya merentas Tanah Besar Asia Tenggara bermodalkan RM500 pada Nov 2011 (kini berada di pasaran di kedai buku utama seperti MPH dan Popular seluruh Malaysia).

Saya menulis post ini di Cotabato, Mindanao. Kawasan konflik yang tak sudah,baik dari segi penindasan ekonomi yang khususnya berlaku keatas umat Islam,ketakstabilan politik yang tindas semua etnik dan agama,bahkan tahap keselamatan senipis kulit bawang. Saya disini untuk mendalami dan memahami keadaan sosio ekonomi umat Islam(seterusnya akan saya muatkan kedalam buku kedua saya) khususnya dibumi sendiri yang terpaksa merempat dan berteduh dalam pondok berdindingkan buluh,dan agar saya dapat MENDALAMI ERTI SYUKUR. Setelah hampir 2 minggu berasimilasi dan 'blend in' dgn mereka,setelah merasai sendiri pengalaman menginap dihotel yg dikawal sekuriti dgn shotgun double barrel,setelah membeli sendiri bawang merah dan bawang putih semahal 100Peso (sekitar RM7.00 sekilo),terpanggil saya untuk menyeru semua saudara-saudara dan insan senegara dengan saya-bersyukurlah kita dapat berhidup dibumi bertuah Malaysia. Bersyukurlah dengan nikmat dan kurnia yang Allah SWT limpahkan,dan janganlah kufur nikmat dengan melakukan anasir yang boldh gugat keamanan dan kemakmuran kita. Berpuluh tahun kita dihidang segalanya atas pinggan perak,saya tak nampak mana relevannya tuntutan agar keadilan terlaksana. Tuan-tuan,saya bayar sendiri pengalaman di Mindanao ini dengan harga sebuah nyawa yang saya risikokan,semuanya demi nak lihat sendiri betapa daifnya penduduk negara lain dan betapa makmurnya bumi bertuah saya. Saya tak minta dihargai,tak minta dikenali..cuma saya nak pesan, andai hancur Malaysia akibat tangan2 kotor pengacau, saya janji kami yg bersyukur ni akan tuntut balik!kalau bukan dgn diplomasi,mungkin dgn apa yg Bangsamoro disini lakukan!Allahuakbar!

-Fahmi Faiz-

No comments:

Post a Comment

Post a Comment