Thursday, January 10, 2013

AKU SEBUAH SURAU

Aku sebuah Surau..




Aku di beri nama Salihiah oleh tuan aku, aku tinggal di tengah bandaraya Alor Setar di atas tanah wakaf khas, dijaga oleh majlis agama Islam dengan jaminan tiada sesiapapun boleh menggugat aku. Menurut seorang bekas EXCO kanan kerajaan Thogut UMNO, pemerintah zalim yang telah dikalahkan, bekas tapak kaki aku tu tak siapapun boleh sentuh...!!! Aku WAKAF KHAS...!!! Walaupun umurku dah mengjangkau 102 tahun namun aku masih dikunjungi oleh orang ramai tetapi tidaklah seramai seperti aku masih muda dulu. Dulu masa muda aku menjadi tumpuan dan perhatian. Dah menjadi adat, dengan terdirinya lebih banyak surau dan masjid yang jauh lebih muda dan cantik dari aku nenyebabkan aku kini tak lebih hanyalah sebuah surau tumpangan. Jemaah pun boleh dibilang dengan jari.

Aku tak dapat sembunyikan perasaan cemburu aku terhadap Pusat Dakwah yang juga terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, bersebelahan dengan Kompleks City Plaza. Pusat Dakwah menjadi nadi kepada City Plaza, sentiasa sibuk dengan macam-macam aktiviti dan pengunjung dari pelbagai lapisan peringkat umur masyarakat islam. Aku selalu mendambakan saat saat manis itu menjadi milikku...tapi aku tahu, itu cuma impian kosong.

Namun, Tahun 2008 memberi sinar kepada hidupku, kemenangan parti Islam dan menjadi pentadbir negeriku, lantaran menjadikan bandarku sebagai bandaraya  Islam amat menggembirakan aku. Aku terharu, ialahkan..aku yang Islam ditadbir pula pemerintah Parti Islam. Kegembiraanku tak terhenti setakat itu sahaja. Aku amat terharu apabila pemimpin parti Islamku mengumumkan akan membangunkan sebuah kompleks perniagaan Kompleks Aman Central disebelah aku..??? Projek pembangunan akan dilaksanakan secara usahasama dengan sebuah syarikat dari negeri yang diperintah oleh pemimpin Cina yang sangat adil yang kami gelar Khalifah. Kalau dah Khalifah tentu hak-hak Islam ataupun sebarang yang dilabelkan Islam akan dijaga beliau... tak seperti kerajaan Thogut UMNO yang sesat!!!  

Tak pernah terbayang impian aku untuk menjadi institusi yang penting seperti Pusat Dakwah kini menjadi kenyataan. Terima kasih Allah kerana telah menghantar parti Islam dan pemimpinnya yang sungguh Islamik untuk mengimarahkanku yang selama ini gersang pengunjung. Aku mula membayangkan aku sesibuk Pusat Dakwah, pekerja, peniaga dan pengunjung Islam sentiasa mengunjungi aku untuk berehat sebelum menunaikan tanggungjawab 5 waktu mereka terhadap Allah SWT. Pelbagai aktiviti akan dirancang selaras dengan kepentingan aku sebagai nadi kepada Aman Central..!!! Oh..manisnya dapat menjadi hamba kepada makhluk-makhluk Allah SWT yang bertaqwa..!!!

Namun aku tak pernah menduga, disebalik kekaguman kerajaan Parti Islam dengan kehebatan Aman Central yang bakal dibangunkan, aku pula dianggap kucing kurap yang menjijikkan persekitaran Aman Central..???aku nak di robohkan...???Pandangan aku gelap seketika...

Aku tak dapat nak bayangkan perasaan aku, apa yang aku rasa..sakitnya terasa hingga ke ulu hati, dikhianati oleh pemimpin Parti Islam yang sebelum ini aku rasa dihantar Allah SWT sebagai penyelamat aku..!!! Aku telah dijual...??? Bukankah aku "tanah Wakaf Khas", aku kebal dan aku dilindungi. Teringat aku kembali akan kata-kata bekas EXCO Kanan Kerajaan Toghut UMNO.."Madrasah Salihiah adalah Wakaf Khas, tidak ada sebarang pembanguan boleh dilakukan diatasnya".

Tetapi kini yang nak menjual aku ialah kerajaan Parti Islam, pemimpinnya sangat Islamik. Cuma pada harga RM1.4j mereka sanggup menjual aku yang telah lebih 100 tahun mengabadikan diri, menjadi saksi kepada ratusan ribu makhluk Allah yang taat menyerahkan diri mereka kepada pencipta mereka. Sebagai ganti, aku akan diletakkan di dalam Aman Central..???Aku bukan sahaja tidak berhak ke atas tanah aku sendiri, malah aku di letakkan lebih rendah nilainya dari tanah RM30j yang diberikan oleh sebuah kerajaan negeri kepada pemimpin parti yang diketua oleh si Khalifah Cina itu...??? Namun harga dan lokasi bukanlah persoalan yang menghantui kotalk pemikiran aku..tapi maruah aku yang macam dipijak-pijak seperti sampah!!!

Aku dapat merasakan pemimpin parti Islam tersebut akan menerima hukuman apabila jutaan penyokong Parti Islam akan berarak di jalan-raya membantah pencabulan ke atas aku., Ya jutaan penyokong parti Islam kerana jika ratusan ribu penyokong Parti Islam boleh membanjiri Kuala Lumpur dengan hanya bersandarkan persepsi dan arahan seorang  perempuan HINDU,... bagi menghalang rumah Allah dari di roboh,pasti jutaan yang hadir..!!!Mereka pasti akan berbaring di atas jalanraya menghalang kereta polis yang cuba menghalang mereka berdemonstrasi.  Kali ini bukan setakat diterbalikkan kereta peronda polis, Helikopter polispun akan jatuh dimaki dan dijerit oleh pedemonstrasi Parti Islam...!!!

AKU menunggu...terus menunggu..tiada reaksi penyokong Parti Islam...mungkin penyokong Parti Islam sedang merangka strategi menghimpun JUTAAN UMAT...bukan mudah untuk menghimpun sebegitu ramai, mungkin berbulan juga persediaannya...tetapi yang berlaku adalah disebalik apa yang aku harapkan...

Aku terkilan kerana bukan setakat pemimpin Parti Islam merelakan pencabulan ini, bahkan penyokong parti Islam pun turut menyokong pencabulan ke atas aku...Aku bukan sahaja tidak dibela, malah aku di keji..aku dikatakan tiada sebarang jasa kepada agama Allah ini, aku ini sudah tua dan kerepot..tidak sesuai duduk bersebelahan kompleks membeli-belah secanggih Aman Central...mereka berkata lagi...sudah lama tiada insan yang sujud kepada Allah di dalam perut aku...semuanya hanya demi menghalalkan nilai jualan aku RM1.4j...

 Di saat aku meratapi nasib diriku...akhirnya muncul sekumpulan rakyat biasa, waris Tuan aku, aktivis masyarakat dan beberapa pemimpin parti Toghut, UMNO cuba mempertahankan aku...Aku tertunduk malu...merekalah yang aku hina, keji sebagai Toghut, kafir...kini mereka bangkit bersatu mempertahankan maruah aku...Rumah Allah ini...???

Perundingan gagal melembutkan hati pemerintah Parti Islam untuk membiarkan aku sendirian disitu, menghabiskan sisa-sisa hidupku. Kes aku terpaksa di bawa ke muka pengadilan bagi mengelakkan aku dibunuh dengan begitu rakus sekali. Aku bersyukur kerana masih dapat bernafas...

Nasib aku turut mendapat tempat di hati KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah...yang mencemar duli , sanggup menyelesaikan isu yang menjejaskan imej Islam keseluruhannya...

Demi menjaga kepentingan semua pihak, akhirnya aku terpaksa mengangkat kaki dari tempat lahirku ke suatu petempatan baru, terletak 200m jaraknya. Tapi setiap malam tidurku diganggu oleh mimpi ngeri. Aku bermimpi   di atas tempat tumpahnya darahku itu...tingkat satunya, kedai menjual CD lagu dan filem...tingkat duanya, restoren yang menghidangkan arak...tingkat tiganya pusat karaoke...tingkat empatnya, pawagam canggih...aku kesiankan kepada Tuan aku yang mewakafkan tanahnya untuk diletakkan Rumah Allah, bukannya Kompleks membeli-belah....tetapi aku juga bermimpi pemimpin Parti Islam kecewa apabila Baginda YDPA telah mengarahkan agar RM1.4j dipulangkan kepada waris-waris Tuan aku...


Aku bukannya Masjid BABRI di India yang diruntuhkan oleh ekstrimis Hindu hanya berdasarkan mimpi bahawa tapak asal Masjid BABRI adalah tapak Kuil Hindu...!!! Tetapi aku hanya minta perhatian umat Islam untuk kekalkan aku disitu, tanah tumpahnya darahku untuk terus berbakti sebagai Rumah Allah...!!!

Walaupun aku akan mendapat tempat baru, hakikatnya aku telah mati, maruah aku dan maruah agama Islam terkubur disini..di kuburkan oleh pemimpin Parti Islam dibawah sisa runtuhan ini... kalaulah aku sebuah kuil atau tokong di Pulau Pinang..nak diruntuhkan untuk dijadikan kompleks membeli-belah...pasti Pemimpin Cina yang di gelar Khalifah itu akan menggerakkan ratusan ribu penyokong Parti Islam berdemonstrasi mempertahankan kuil atau tokong tersebut...pasti ada penyokong Parti Islam yang sanggup mati demi arahan si Khalifah...malangnya, aku hanyalah sebuah rumah ibadat orang Islam...aku Surau Salihiah









No comments:

Post a Comment