Anwar masih TPM ketika tubuh PTPTN
2012/04/16
SINTOK: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin dimansuhkan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim, ditubuhkan pada 1997 ketika ketua pembangkang itu masih lagi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.Bekas Perdana Menteri berkata, Anwar sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya dan terlupa kerana ketika itu beliau adalah timbalannya dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri pada 1997.
Sebelum ini, terdapat laporan sebuah laman blog RBH online menyifatkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana beliau adalah individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.
Pada ketika itu, Dr Mahathir mengambil cuti lebih dua bulan dan melantik Anwar sebagai Pemangku Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment