Monday, April 9, 2012

DONG ZONG BAHALOL NI BOLEH FAHAM KE...

KENYATAAN AKHBAR TPM (ISU SJKC).

KENYATAAN AKHBAR
Jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri adalah bukti Kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan efektif.
 
Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, langkah-langkah sistematik, dasar yang seragam dan berterusan telah dan sedang pun diambil untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC.
 
Oleh itu saya berharap masyarakat Cina menyambut baik langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah diumumkan oleh jawatankuasa tersebut pada 20 Mac lalu kerana sekolah rendah jenis kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada sistem pendidikan negara kita.
 
Langkah yang diambil ini juga bukan kerana tekanan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan kesimpulan bahawa Kerajaan telah mengambil langkah tersebut hanya setelah tekanan dibuat oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak benar.
 
Isu ini perlu diperjelaskan agar gambaran sebenar dapat diberikan untuk menangkis dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan dan KPM.
 
Dalam usaha memastikan proses pembelajaran dan pengajaran SJKC di seluruh Negara berjalan lancar setiap tahun KPM telah berusaha bersungguh-sungguh mengisi kekosongan guru-guru di SJKC.
Pada tahun 2009 terdapat kekurangan guru seramai 4,991, pada tahun berikutnya jumlah ini telah dikurangkan kepada 3,043, pada tahun 2011 jumlahnya menurun kepada 2,720 dan akirnya pada tahun ini kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874. Daripada jumlah ini, KPM telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut. Baki kekurangan di SJKC hanyalah tinggal 392 orang  yang mana Guru Besar SJKC diberi kebenaran mencadangkan calon guru interim untuk dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
 
KPM telah memperuntukkan sejumlah 38,047 jawatan guru bagi SJKC. Sehingga 31 Januari 2012 seramai 36,173 guru terlatih telah ditempatkan  di semua sekolah SJKC.
 
Sebanyak RM1.8 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi-operasi mengurus di SJKC di seluruh negara.
 
Pada masa ini terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh negara. Dari 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid).
 
Saya menyeru kepada semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu-isu pendidikan Cina dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti dan kemajuan pendidikan di semua sekolah, sama ada sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan dengan tujuan menambah daya saing kita bagi menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

No comments:

Post a Comment