Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka.
Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut:
Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan??
Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas.
Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah. Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni?
MyMassa suka untuk bangkitkan kembali apa yang berlaku pada demonstrasi PROTES sebagaimana diungkit dalam ayat terakhir artikel tersebut. Di mana PKR cuba menyerapkan budaya HEDONISME dengan menganjurkan konsert band underground di bawah kelolaan Hishamuddin Rais. Hasilnya band tersebut bertindak di luar kawalan sehingga membuka seluar di depan penonton. Yang serang band ini bukan pemuda UMNO, tapi unit amal PAS sendiri!
sumber
No comments:
Post a Comment