Thursday, April 5, 2012

INIKAH YANG DIKATAKAN TERBODOH???

Bodoh yang tak terajar!!!!



Nizar mengaku sokong surat projek bijih besi
Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2012/04/05

Pembohongan bekas MB Perak isu Teluk Rubiah didedah

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang kebelakangan ini lantang memprotes projek pengagihan bijih besi Vale International SA di Teluk Rubiah, dekat Lumut, semalam mengakui menandatangani surat sokongan untuk projek itu ketika menjadi menteri besar. Surat sokongan itu terhadap usaha syarikat terbabit melabur di negeri ini dan berunding dengan syarikat tempatan bagi membeli tanah di Teluk Rubiah.
“Surat itu sahih, benar dan saya yang menandatanganinya... saya mengesahkan surat itu sebenar-benarnya benar,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, semalam.

Beliau membuat pengakuan itu selepas Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) meminta Mohammad Nizar (PAS-Pasir Panjang) menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sidang DUN itu benar atau sebaliknya.

Tajol Rosli berkata, jika surat ditulis dalam bahasa Inggeris bertarikh 17 Disember 2008 dan ditujukan kepada Presiden Vale International SA, Renato Neves, itu palsu, maka Zambry boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

Katanya, sebaliknya jika surat itu betul, ia menunjukkan pakatan pembangkang yang tidak betul.
Speaker Datuk R Ganesan kemudian meminta Mohammad Nizar berdiri dan memaklumkan kepada Dewan dan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang membuat pengakuan itu, beliau kembali duduk.

Sejak sebulan lalu, Mohammad Nizar bersama pemimpin pembangkang lantang menyuarakan bantahan terhadap projek itu, termasuk menyertai demonstrasi di pintu masuk kawasan pembinaannya di Teluk Rubiah bersama kira-kira 100 penyokong pada minggu lalu.

Beliau juga sebelum ini sering membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri ketika pimpinannya hanya mencadangkan projek itu dilaksanakan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh dan tidak bersetuju dengan Teluk Rubiah kerana dikatakan ia boleh menjejaskan kawasan pelancongan dan alam sekitar.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan), Zambry membacakan kandungan surat itu yang antara lain menyebut kerajaan negeri di bawah Mohammad Nizar menunggu keputusan rundingan antara Vale International dengan pemilik tanah Teluk Rubiah, Harta Makmur Sdn Bhd, dan bersedia memproses pindah milik dan tukar syarat status tanah berkenaan jika perjanjian jual-beli berjaya dimeterai antara kedua-dua syarikat.

Zambry berkata, beliau membuat keputusan mengklasifikasikan semula surat itu untuk didedahkan kepada umum kerana Mohammad Nizar sendiri berulang kali mencabarnya untuk berbuat demikian selain projek itu membabitkan pelaburan berbilion ringgit dan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Zambry kemudian bertanya apa maksud ‘mengalu-alukan, sukacita, proses pindah milik dan tukar syarat' seperti dalam surat itu jika bukan sokongan terhadap pelaksanaan projek berkenaan di Teluk Rubiah.

“Saya hairan kenapa tiba-tiba isu ini dimainkan sehingga menimbulkan kebencian dan tidak senang terhadap projek itu dan Mohammad Nizar sendiri buat kenyataan dalam Harakah, Suara Keadilan, dalam blog, menyatakan pembangkang tidak setuju projek itu di Teluk Rubiah,” katanya.

Koo Ham bagaimanapun tidak berpuas hati dan menyatakan mesyuarat EXCO kerajaan negeri ketika 11 bulan diperintah pembangkang tidak pernah meluluskan projek itu di Teluk Rubiah.

Zambry bagaimanapun membidas balik Pengerusi DAP Perak itu dengan bertanya apakah sebenarnya tiada persefahaman antara beliau dengan Mohammad Nizar.

“Mungkinkah benar cakap-cakap orang bahawa kerajaan Perak ketika di bawah pembangkang ada dua Menteri Besar dan Mohammad Nizar ini hanya Menteri Besar boneka?” katanya.

2 comments:

  1. Si Pelaq anak Jamaluddin ni lagi satu Ingeniur kepala Pening.. awat jadi bodo piang?? sendiri sain sendiri bangkang.. bodo punya P.Eng...Puiiiii!!!!

    ReplyDelete
  2. Tp msti ada puak puak pmbgkg yg mssih x prcaya..

    ReplyDelete