Isu Komisyen RM540 Pembelian Kapal Selam Scorpene Yang Pembangkang Tidak Dedahkan
Anwar
Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja
propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96
juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen
pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Berdasarkan laporan rasmi
kontrak perolehan terbukti fitnah pembangkang nyata tidak berasas.
Komisyen RM540 juta yang
diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal
selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada
syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan
koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh
kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat
bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.
Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang
dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),
Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad
bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan
& koordinasi misalnya;-
i. Penyediaan kemudahan kediaman
& kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang
berada di Perancis dan Sepanyol.
ii. Penyediaan pejabat urusan,
kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM
bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.
iii. Menyediakan insuran
kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team
projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.
iv. Pembayaran elaun harian
serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang
bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.
v. Pembiayaan kos penerbangan
pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan
sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan
team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.
Selain khidmat sokongan di atas,
nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat
koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn
Bhd. Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi
tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan
syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses
pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan
maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal
selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi
bagi setiap enam bulan.
Lebih penting lagi untuk kita
maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran
komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk
syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos
langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun
sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.
Berkemungkinan untung bersih
tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan
sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu
kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di
fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan
kerajaan.
Dalam apa saja isu yang Anwar
cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka
pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan DS Najib serta
kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib
Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib
mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.
No comments:
Post a Comment