Durian runtuh diumum Mei

NAJIB Tun Razak disambut ribuan
warga peneroka yang hendak bersalaman dengan beliau ketika hadir pada
Majlis Bersama Perdana Menteri di Felda Triang Tiga, Bera, Pahang,
semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob. – MINGGUAN/MAHATHIR ALI
BERA 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan nilai durian runtuh yang dijanjikan kepada peneroka berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pada satu majlis himpunan raksasa warga Felda di negeri ini pada Mei depan.
Menurut Perdana Menteri, nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud durian runtuh itu sendiri yang merupakan satu lonjakan berganda kepada peneroka sekali gus membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan berjanji kosong.
‘‘Kalau saya istilahkan ia durian runtuh, tak kan ia sama dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M), RM500. Tentu jangkaannya lebih. Banyak mana, tunggu, kita akan buat satu perhimpunan raksasa di negeri Pahang ini sebab inilah negeri yang terbanyak rancangan Felda dan di negeri Pahanglah lahirnya Felda.
...
Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.
No comments:
Post a Comment