Friday, April 13, 2012

ANWAR CUMA TAHU BILANG SEHINGGA NOMBOR 2 SAHAJA!!!!????

Anwar memang bangang dan dia cuma tahu bilang setakat dua sahaja.

1. lubang depan
2. Lubang belakang!!!!

Anwar memang tak reti Matematik dan Ekonomi. Dia kata RM 90B sahaja, padahal RM 200 B

BANYAK yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Pembangkang jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan 'melafazkan' janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?
Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pembangkang nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.
Penulis ingin ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Pembangkang ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan.
Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).
Untuk janji yang pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.
Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!
Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).
Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011.
Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.
Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion.
Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.
Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).
Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.
Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!!
Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.
Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut?
Agak menghairankan bagaimana Pakatan Pembangkang yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.
Pakatan Rakyat sememangnya tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Pembangkang perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan.
Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir.
Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Pembangkang dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment