Azmin didesak tinggalkan PKR
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2012/04/05
MOHD ISA (duduk dua dari kiri) bersama ahli PKR Cabang Ampang pada sidang media di ibu negara, semalam.
KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli PKR Cabang Ampang mendesak Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali supaya meninggalkan PKR jika tidak berani tampil menjawab pelbagai dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan ke atas Ahli Parlimen Gombak itu sejak kebelakangan ini. Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi, berkata jika benar pemimpin kanan PKR itu tidak terbabit dengan segala isu dibangkitkan, maka beliau harus mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mencemar nama baiknya.
“Kami amat bimbang jika tiada penjelasan dan tindakan berani daripada Azmin, nasib PKR serta kemungkinan pembangkang pasti akan kecundang pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita juga yakin beliau tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah. Beliau perlu tampil berani menjawab segala tuduhan demi kepentingan parti, diri serta keluarganya,” katanya pada sidang media di sini, semalam yang turut dihadiri, Naib Ketua Cabang PKR Ampang, HM Tan.
Bulan lalu, bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar Azmin supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain.
Sebelum ini, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata sejak beliau mendedahkan maklumat itu menerusi laporan polis pada 17 November 2009 sehingga sekarang, Azmin masih gagal menjawab atau memberi penjelasan mengenainya.
Sementara itu, Mohd Isa berkata, lebih ramai pemimpin parti peringkat cabang dan ranting PKR seluruh negara perlu tampil mendesak Azmin supaya menjawab segala pertuduhan.
“Sekiranya Azmin tidak boleh jawab, maka kita minta pemimpin tertinggi PKR yang lain termasuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang supaya ‘bantu’ beliau untuk menjawabnya.
“Jika kami diarah hanya setakat menafikan saja isu ini, sedangkan kami sendiri faham bukan saja rakyat negara ini malah masyarakat antarabangsa juga sedang menanti reaksi pemimpin PKR ini,” katanya.
nanti azmin kata depa ni dibayar upah oleh orang UMNO..tak caya tengok laa..sebab puak sial ni pada mereka semua apa yang mereka lakukan tu baik dan betul
ReplyDeleteAnak Lenggong...duit bini dia beli saham tu pun UMNO yg bg jugak ke...heehhehe
ReplyDelete