Cuba bandingkan cara pemberitaan dari pemberita neraka jahannam dengan sumber-sumber lain!
Akhbar Neraka
KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia
yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu
memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala
Lumpur menjelang pembunuhannya.
Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.
Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi
mencari orang-orang ini.Setev berkata demikian dalam sidang media yang
diadakan di pejabat Suaram hari ini.Suaram adalah NGO yang sedang
berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di
mahkamah Paris, Perancis.
Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai
penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat
Puncak Alam, Selangor.
Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.
Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.
"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada
saya satu gambar."Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak
saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.
Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau."Jika saya tahu
apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata
Setev dalam sidang medianya.
Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu.
Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya.
Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan
Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika
menunggu lif di lobi Parlimen.
"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi
dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak
bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.
Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.
Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama
anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap
saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang
dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan
hukuman gantung.
No comments:
Post a Comment