PTPTN-satu lagi cerita bohong Anwar..
Wednesday, April 4, 2012
MAKIN dekat dengan PRU13,kegilaan
serta penipuan pembangkang terutama sekali
Anwar Ibrahim makin menjadi-jadi malah kegilaan terbaru beliau untuk menghapuskan
PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat.
Ada yang marah, terkejut dan
menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila hingga sanggup
melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat peribadi
Semua rakyat menyedari bahawa PTPTN
adalah skim yang ternyata baik untuk mereka kecuali kepada orang yang sengaja
meminjam tetapi tidak mahu membayar dan kerana adanya PTPTN inilah maka kita
melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat
Pengajian Tinggi baik awam mahupun swasta.
Menurut Anwar, beliau sedia
maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang
kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia tetapi dalam
masa yang sama Anwar mengakui bahawapihaknya belum lagi memikirkan secara
terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut.
Lihatlah bagaimana liciknya
permainan poilitik Anwar untuk menipu rakyat malah Anwar juga menegaskan
bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.
Kita merasa amat sangsi akan
kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai
latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana
seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang
tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.
Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja
pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya
swasta juga bergantung kepada PTPTN. Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50
billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia
yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan.
Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion
untuk PTPTN 2012/2013.
Dengan kos yang begitu tinggi, kolej
atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana
pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat
bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.
Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.
Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.
Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya
opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan.
Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS
(termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di
Malaysia. Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar
setiap tahun.
Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari
IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang
dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi.
Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga
akan akhirnya terpaksa gulung tikar.
Seterusnya, ia akan membawa kepada
masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana
ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat
pekerjaan.
Begitu juga dengan para pensyarah
dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup. Bagaimanakah dengan nasib
mereka?
Anwar gila? |
Nampaknya Anwar tidak berfikir
panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan. Tidak mungkin
kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar
di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara
keseluruhannya.
Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?
Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?
sumber
No comments:
Post a Comment