Ciri-Ciri Ulama’ OLEH USTAZ IDRIS AHMAD
Ciri-Ciri Ulama’ OLEH USTAZ IDRIS AHMAD
PENGARAH JABATAN TARBIYAH DAN PERKADERAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.
Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka
kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang
lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan
lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya
Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari
qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn.
Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .
Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham,
kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim
al-Namari, 1994:46.)
9. Apabila disoal kepadanya perkara yang
provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka
ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang
lebih aula daripadanya
10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.
11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka
yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada
ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri,
Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’,
1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .
13. Sentiasa berzikir kepada Allah .
14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .
15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.
16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .
17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.
18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.
19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.
20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir
21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah
Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa
ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt
1996/1417,hlm:13,
22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata
Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada
ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha
menghimpunkan harta.
Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman
Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang
yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang
jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu
Banjari al-Makki, 1996:64.)
23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.
Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas
kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang
ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia
selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh
Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah
kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka
solat”. Sahih Muslim: 1854
24.Orang alim musuh iblis
“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi
25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam
kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti
para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji
oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan)
maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman:
“….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat
manusia..” (al-Baqarah,2:124)
Dengan demikian ulama’ bukan
sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang
mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah
besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, ,
Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm.
302-303.
Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak
meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu,
sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan
yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah
Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq
al-Ulama’: 19)
Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak
mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh
memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.
26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah
Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka
mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan
pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah
kekerasannya.
27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.
No comments:
Post a Comment