Nik Aziz Hanya 'Ulamak' Politik
Menteri Besar Kelantan paling lama dalam sejarah negeri tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menjemput kontroversi apabila secara terbuka mewajibkan ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 3.0 sekalipun diketahui umum demonstrasi tersebut turut membabitkan NGO pro LGBT & penyokong murtad.
Satu
pendirian yang tampak jelas Nik Aziz lebih mengutamakan kepentingan
politik kepartian berbanding soal akidah ummah bilamana kita bandingkan
dengan pendirian PAS sebelum ini yang tidak mesra dengan gerakan anti
murtad.
Akhir
tahun lepas PAS pernah secara terbuka menolak misi menyelamatkan akidah
ummah apabila tidak berani menyatakan pendirian terbuka menyokong NGO
HIMPUN (gerakan anti murtad), sedangkan isu tersebut yang menjadi asas
kewujudan HIMPUN berkaitrapat dengan persoalan akidah dan denyut nadi
umat.
Memburukkan
lagi keadaan, pemecatan pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga
berkisar pada perasaan tidak senang pemimpin PAS yang melihat
kesungguhan Hasan Ali menyokong HIMPUN sebagai ancaman terhadap
kesepakatan PAS dengan pakatan pembangkang seperti DAP dan PKR.
Dalam
mana-mana sejarah parti politik di Malaysia, hanya PAS dan PKR sahaja
yang tergamak memecat pemimpin dan ahli sendiri disebabkan kesungguhan
pemimpin tersebut memperjuangkan akidah umat & kesucian agama Islam.
Hasan
Ali dipecat kerana begitu bersungguh memperjuangkan akidah umat
daripada ancaman kemurtadan & kristianiti , manakala Zulkifli
Nordin, Ahli Parlimen Kulim dari PKR pula dipecat disebabkan
pendiriannya yang utuh mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t.
Bila
sahaja datang perhimpunan demonstrasi bermotifkan politik pembangkang,
BERSIH 3.0, tanpa fikir panjang tanpa ragu terus sahaja Nik Aziz
mengeluarkan fatwa wajib menyertai perhimpunan tersebut.
Unik dan pelik. Tidak begitu?
Hakikatnya
sejak sekian lama gelaran 'Tok Guru' dan pendewaan dirinya sebagai
ulamak Islam yang sering diagungkan oleh penyokong PAS sebenarnya
hanyalah satu propaganda politik semata-mata demi untuk memancing undi.
Sedangkan tingkah laku dan perwatakannya jauh dari menepati sikap seorang ulamak sejati sebagai pewaris nabi.
Rasulullah
s.a.w sendiripun amat menekankan kepentingan supaya umatnya
berhati-hati dengan kewujudan golongan yang mempergunakan agama untuk
kepentingan puak dan diri sendiri malah istilah ulamak su' juga turut
perkatakan dalam Hadith yang menandakan pentingnya dibezakan dengan
ulamak yang benar.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya;
"Akan
muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di
hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan
kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati
mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah
SWT berfirman : 'Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan)
kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku
bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang
menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain
mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya." (Hadith
Riwayat Tirmidzi).
Justeru
itu, melihat kepada kecelaruan pendirian Nik Aziz yang gagal melihat
keutamaan akidah umat dan kesucian Islam jauh lebih penting berbanding
kepentingan politik PAS yang didukungnya itu, layaklah beliau dipanggil
ulamak politik dan bukannya ulamak yang sebenar-benarnya ulamak.
No comments:
Post a Comment