Saturday, April 21, 2012

LAGI PEMIMPIN PARTI ISLAM PERANGAI YAHUDI

Berebut jawatan lagi.....



PAS mahu Malik letak jawatan
Oleh Fazli Abdullah dan Faridzwan Abdul Ghafar
bhnews@bharian.com.my
2012/04/21

pix_gal0
Isu jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang: Tuntut PKR, DAP tunai janji pilihan raya

GEORGETOWN: PAS mahu Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) walaupun beliau sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Februari lalu.
Ini bagi membolehkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, yang kini memegang jawatan Timbalan YDP MAIPP, dilantik menggantikan Abdul Malik.
(Timbalan Ketua Menteri I) Datuk Mansor (Othman) pun sudah mengakui silap (memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara) dan wajarlah beliau (Abdul Malik) melepaskan jawatan. - Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Abdul Malik yang juga EXCO Agama, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilantik memegang jawatan YDP MAIPP selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mohd Salleh berkata, PAS Pulau Pinang berpendirian bahawa Abdul Malik wajar mengosongkan jawatan itu segera dengan apa cara sekalipun bagi melancarkan pentadbiran MAIPP.

“Itulah (meletak jawatan) yang terbaik baginya,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohd Salleh yang mempengerusikan mesyuarat pertama MAIPP kelmarin, atas kapasitinya sebagai Timbalan YDP, berkata pengosongan jawatan itu seiring dengan pengakuan kerajaan negeri yang tersilap memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Istana Negara.
“(Timbalan Ketua Menteri I) Datuk Mansor (Othman) pun sudah mengakui silap (memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara) dan wajarlah beliau (Abdul Malik) melepaskan jawatan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu.

Rabu lalu, Mansor mengakui kerajaan negeri melakukan kesilapan apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 22 Disember lalu bagi menggantikan Ellias Zakaria.

Berikutan itu, kerajaan negeri memperakukan senarai nama kedua dengan menamakan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP.

Bagaimanapun, masalah timbul kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Abdul Malik sebagai YDP MAIPP berdasarkan perakuan pertama oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri mengemukakan senarai kedua dengan memperakukan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP kerana mahu menunaikan janji kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 2009 yang berjanji melantik Mohd Salleh jika beliau menang.

Kini kerajaan negeri berusaha untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk merayu bagi membolehkan Mohd Salleh menggantikan Abdul Malik.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, mengakui kepemimpinan PAS Pusat tidak senang dengan kemelut yang berlaku dan mahu PKR serta DAP menunaikan janji memberikan jawatan itu kepada PAS.

Abdul Malik ketika dihubungi pula berkata, PAS berhak membuat kenyataan memintanya mengosongkan jawatan berkenaan.

“Itu hak dia untuk membuat kenyataan,” katanya yang enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

No comments:

Post a Comment