Thursday, March 15, 2012

ORANG LAIN DISURUH LETAK JAWATAN....

Bapa dia dibiarkan galak belasah depan belakang!!



Najib dan Noh Omar juga harus letak jawatan.. - Nurul Izzah

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden parti KeADILan, Nurul Izzah semalam mahu Menteri Pertanian dan Menteri Kewangan turut bertanggungjawab dalam skandal NFCorp.

Nurul Izzah juga mendesak pihak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat penyelewengan yang membabitkan projek NFC biarpun Pengerusinya telahpun didakwa atas kesalahan pecah amanah.

“Perkara itu tidak akan mengubah hakikat keperluan untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi mencari keadilan di sebalik NFC,” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

“Sepanjang pengetahuan kami, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kewangan turut bertanggungjawab meluluskan projek berkenaan. Mereka harus bertanggungjawab.

“Rakyat perlu tahu sama ada NFC adalah ‘modus operandi’ untuk semua projek kerajaan Barisan Nasional (BN), katanya lagi.

Anak kepada Ketua Pembangkang itu juga membidas pengumuman perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang disifatkannya hanya bertujuan menyembunyikan sesuatu yang lebih besar.

“Saya percaya individu-individu seperti menteri yang tidak dilanjutkan pekhidmatannya dan dakwaan terhadap pengarah-pengarah NFC tidak seharusnya digunakan untuk menyembunyikan skandal yang berkait rapat dengan BN,” tambahnya merujuk kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suaminya, Datuk Seri Salleh Mohamad Salleh Ismail.

Mohamad Salleh, yang merupakan Pengarah Eksekutif NFCorp telah didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran terhadap Akta Syarikat berhubung penggunaan RM49 juta dana kerajaan yang telah diberikan kepada syarikatnya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan lain.

sumber

2 comments:

  1. Suruh bapa hang tu Letak Jawatan ..Bapa Hang tu skandal macam2

    ReplyDelete
  2. MAA...bapa dia anugerah Tuhan..kena Tuhan sj tarik blk anugerah tu....hahaha

    ReplyDelete