Wednesday, March 7, 2012

MANA BADRUL AMIN NAK LETAK MUKA!!!!

Tapi macam biasalah puak-puak ni...rasa jadi hero lagi adalah!!!!!


Kenyataan Tengku Mahkota Pahang Tentang Kes Khalwat Ustad PKR Badrul Amin...


Setelah isu khalwat dengan isteri orang hebat dibongkar dan diperkatakan oleh orang ramai, Badrul Amin dilihat 'menyembunyikan diri' dan tidak lagi di lime light arena politik negara.

MiM difahamkan bahawa tindakan itu adalah di atas perintah pihak tertinggi PKR yang merasakan bahawa isu khalwat tersebut telah menjatuhkan imej parti PKR dan Pakatan Rakyat yang kerap bergelumang dengan masaalah sosial.

Yang terbaru ialah kenyataan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah :

KUANTAN 6 Mac - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz, beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).


"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.


"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam tadi - UM
sumber

No comments:

Post a Comment