Friday, March 23, 2012

MACAMMANA BOLEH BOCOR????

Hairan, macam mana boleh bocor??? Laporan polis akan memastikan barua Anwar dan DAP dalam FELDA akan dipenjarakan!!!!



FELDA buat dua laporan polis berhubung kebocoran dokumen sulit


2012/03/22

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan FELDA hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kebocoran dua dokumen sulit FELDA yang dipaparkan dalam sebuah portal berita tempatan.

Setiausaha Lembaga FELDA, Asiah Sohit membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini kira-kira jam 9.40 pagi.
Beliau berkata, dua dokumen itu ialah minit mesyuarat bil.278 yang bertarikh 8 Januari dan buku mesyuarat pengurusan FELDA bersama Perdana Menteri bil.3 bertarikh 27 Jun 2011.
"Saya mula menyedari pembocoran dokumen ini apabila saya melihat portal berita itu bertarikh 15 dan 19 Mac," katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu, katanya, FELDA meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab di atas pembocoran dokumen terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment