Remaja perempuan diculik ketika beli kad tambah nilai
19/03/2012 6:26pm

KUANTAN 19 Mac 2012 - DARI kiri, Nor
Mala Mohd. Lazin, bersama suaminya, Mahadi Muda dan anak mereka, Siti
Nurul Aishah, menunjukkan gambar anak sulung mereka, Siti Nur Fatihah
Mahadi, 15, (gambar kecil) yang didakwa dilarikan oleh sebuah kenderaan
berwarna gelap ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di
sebuah kedai berhampiran dengan rumah mereka di Taman Tas di sini hari
ini. - UTUSAN/KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
KUANTAN 19 Mac – Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.
Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.
Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.
Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment