Sunday, March 4, 2012

DATO' SERI NAJIB AKAN BANKRUPKAN NEGARA!!!

Rakyat jangan bimbang sebab Najib bijak, bukannya bodoh seperti Anwar Ibrahim



Kerajaan tidak tadbir negara secara populis, kata PM

04/03/2012 3:17am

SUNGAI PETANI 4 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak mentadbir negara ini secara populis, sebaliknya meletakkan ekonomi pada landasan yang kukuh.
Beliau berkata, ini menyebabkan Malaysia mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang tinggi, selain berupaya menambah hasil sehingga RM26 bilion menerusi kutipan cukai dan menyaksikan banyak syarikat terus berkembang menjadikan jumlah eksport mencecah RM1.3 trilion.
"Saya sebut perkara ini supaya tuan-tuan dan puan-puan faham bahawa negara kita di bawah BN berada dalam keadaan yang baik dan terjamin, dan dapat memacu perubahan yang besar pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Jamuan Makan Malam Perdana yang dihadiri lebih 20,000 orang di Padang Awam, Taman Ria Jaya malam semalam.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail dan Pengerusi Perhubungan BN Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, sebagai sebuah parti yang dekat di hati rakyat, setiap wakil rakyatnya perlu merasai denyut hati, mendengar keluhan serta rintihan mereka.
"Antara pemimpin dan rakyat, tidak perlu ada pemisah, dan sebagai wakil rakyat yang mewakili BN, kita perlu menjadi pihak yang mendahulukan rakyat sepanjang masa, dan perubahan yang hendak dilakukan itu mestilah berpunca daripada kesanggupan kita untuk berbuat demikian,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment