Wednesday, March 21, 2012

DS NAJIB JAWAB ISU BENIH PADI!!!!

Dipetik dari Facebook DS Najib Tun Razak...
 Tahniah kepada saudara Mdalhaq Mdalamin kerana mengenengahkan isu benih padi
Mdalhaq Mdalamin menulis: "Assalamualaikum....saya suka menarik perhatian YAB berhubung dgn isu benih padi yg mahal dan tidak berkualiti dan tidak produktif...petani marah kpd kerajaan seumpama api dalam sekam...telah 4 musim hasil petani merosot. Harga benih satu beg 20kilo rm28...harga sekarang satu beg 20kilo rm120...teraniaya petani...kesian."
Salam saudara Mdalhaq Mdalamin, adalah tidak benar bahawa harga jualan benih padi telah meningkat kepada RM120 per/beg bagi 20 kilogram dari RM28 per/beg sebelum ini.

Ini adalah kerana setelah kerajaan menanggung kos sebanyak RM20.60 per/beg (20 kilogram) daripada harga pasaran sebenar yang berjumlah RM48.60 per/beg, harga jualan benih padi sah di pintu kilang ialah RM28 per/beg. Varieti benih padi sah yang dikeluarkan adalah seperti MR219, MR220, MR253 dan MR263.

Harga benih padi sah RM120 per/beg yang seperti saudara maksudkan adalah bagi varieti MR220 CL1 atau MR220 CL2 (Clearfield) yang termasuk harga racun Imidazolinone (OnDuty). Teknologi benih Clearfield dan racun ini sangat berkesan untuk mengatasi masalah padi angin. Penggunaan varieti ini disyorkan hanya di kawasan yang mengalami masalah padi angin yang serius sahaja. Kos penggunaan benih ini adalah RM120 (bagi setiap beg benih dan racun Imidazoline (OnDuty)) atau RM840 per/hektar (7 beg benih + 7 botol racun).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan Pertanian akan memantau secara berterusan pengeluaran benih padi sah. Jabatan Pertanian akan mengeluarkan perakuan kualiti benih padi bagi memastikan ianya mengikut spesifikasi serta tahap piawaian benih di bawah Standard Jabatan pertanian Malaysia (SJPM - 2009). - Admin

No comments:

Post a Comment