Sunday, March 4, 2012

PROSES PEMURNIAN PAS!!!

PAS sudah tersesat jauh dari perjuangan Allah SWT. Krisis kepimpinan PAS Kedah akan menjadi titik tolak kepada proses pemurnian PAS dari setan-setan PKR dan DAP!!!



Dewan Ulama pertahan Azizan

KUALA LUMPUR 3 Mac - Dewan Ulama Pas Pusat dan Dewan Ulama Pas Kedah akan tetap mempertahankan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersama-sama ahli serta kepimpinan parti berkenaan.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah dalam satu kenyataan bersama, semalam turut menegaskan bahawa, sayap parti itu tidak akan menyokong sebarang usaha menjatuhkan kerajaan negeri berkenaan.
''Dewan Ulama Pas Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan kerajaan Pas negeri Kedah bersama-sama dengan ahli serta kepimpinan Pas,'' kata kedua-dua pemimpin dewan ulama itu dalam kenyataan bersama yang disiarkan di laman rasmi web sayap itu di http://ulamak.pas.org.my.
Kenyataan yang dikeluarkan itu dipercayai rentetan daripada tercetusnya krisis pentadbiran kerajaan Pas Kedah selepas dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh yang mengambil keputusan enggan dilantik semula ke jawatan masing-masing

No comments:

Post a Comment