Saturday, March 17, 2012

DEMI CINTA YANG MENDALAM TERHADAP ANWAR IBRAHIM...

Patutlah lama menyepi, rupa-rupanya Haji Hadi Besi terpaksa memerah otak mencari apa yang perlu diautakan agar penyokong-penyokongnya terus di perbodohkan dan terus menyokong Anwar Ibrahim. Hakikatnya hubungan Anwar Ibrahim-Israel bukanlah hubungan perniagaan sebaliknya hubungan menjual bangsa Palestine dan menggadai nasib bangsa Melayu di negara ini!!! Tetapi demi untuk jawatan menteri yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim, Haji Hadi Besi sanggup membenarkan kerjasama terkutuk Anwar Ibrahim-Yahudi meliwat rakyat Palestine dan bangsa Melayu!!!!



Boleh kerjasama dengan Yahudi: Abdul Hadi


2012/03/17

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di sini, malam tadi.
Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan seorang pemimpinan PAS berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS akan menukar minda orang Melayu supaya memperkasakan diri mereka dengan ajaran Islam.

"Melayu sahaja tanpa Islam akan menjadi bangsa hina," katanya.

Abdul Hadi berkata, parti itu bersedia meletakkan calon yang terdiri daripada seniman ataupun artis pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya ada permintaan sedemikian daripada mana-mana cawangan ataupun kawasannya.
Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, dalam ucapannya pada majlis itu berkata Dewan Muslimat sudah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kepada PAS Pusat.

Beliau berkata, lebih 30 muslimat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment