Gara-gara berlawak mahu menjadi Perdana Menteri (PM), Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dikecam oleh laman pro Datuk Seri Anwar Ibrahim, suarapakatanrakyat.com.
Mahfuz ketika ditanya portal Malaysiakini berkenaan
portfolio apa yang bakal dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai
Putrajaya, Mahfuz sambil ketawa besar dan berseloroh:
“Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar”.
“Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet,” katanya.
Laman
suarapakatanrakyat.com berpendapat lawak Mahfuz itu tidak kena pada
tempatnya, kerana tidak menghormati keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang
sebelum ini telah bersetuju menobatkan Anwar sebagai PM sekiranya PR
berjaya menawan Putrajaya.
“Penulis
tidak boleh menerima kenyataan sedemikian, tidak kira ia dibuat dalam
konteks apa kerana persefahaman dalam Pakatan Rakyat ialah Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukan
sesiapa dari mana-mana pemimpin utama parti komponen yang lain”, katanya
dalam artikel bertajuk “Mahfuz Omar Jadi PM? Cermin Diri Dahulu, Hanya Anwar Yang Layak”
Menurut
laman itu, kenyataan Mahfuz itu seolah-olah memperli kenyataan Ahli
Majlis Pimpinan PKR Pusat, Abdul Rahman Yusof yang berpendapat hanya
Anwar sahaja satu-satu calon yang layak menjadi PM.
“Kalau
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mungkin tidak diterima masyarakat Cina dan
begitu juga Lim Kit Siang yang mungkin ada isu lain,”kata Abdul Rahman
yang juga Setiausaha Politik Anwar seperti dilaporkan Sinar Harian.
Laman
suarapakatanrakyat bersetuju dengan kenyataan Abdul Rahman itu dan
mengingatkan agar lawak jenaka menawarkan diri selain dari Anwar tidak
perlu dilakukan pada masa akan datang.
“Penulis
ingin mengingatkan semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat agar
berhati-hati dalam memberikan kenyataan berbentuk demikian. Walaupun ia
mungkin bersifat lawak jenaka atau sinikal, tapi ia juga boleh
mengelirukan rakyat dalam masa yang sama.
“Buat
Mahfuz, penulis mendengar beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam
bidang psikologi. Tidak pastilah Universiti mana yang membenarkan beliau
menyambung pelajaran dalam bidang tersebut (melihatkan kelayakan
asasnya yang begitu rendah), tapi eloklah beliau menghabiskan pengajian
terlebih dahulu sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri”, katanya.
Ps:
Habis, nak buat macam mana. Dah dia memang suka buat lawak bangang tak
ingat dunia macam tu. Lagi pun, dia bukan ada kerja lain selain dari
keluarkan kenyataan bodoh.
Pun
benda ni bukan perkara baru bagi Si Mahfuz Bean ni. Tu pasal la masa
dia cabar DS Hishamuddin hari tu, semua orang ketawa berguling -
guling!!!
Kah kah kah..mantan penjaga setor berangan nak jadi PM...buat lawak betul laa..woii mampusss..baik kobalik rumah cermin diri dulu laa..nak jaga keluarga pun tak reti..ni nak jaga negara pulak..kalau ko pandai jaga keluarga ..masakan anak lelaki ko asyik keluar masuk pusat serenti..
ReplyDeleteAnak Lenggong..oklah tu mantan CEO jaga setor lapangan terbang nak cert Psikologi!!
ReplyDelete