Friday, March 9, 2012

BILAMASA ANWAR BERDEMONSTRASI BATAL SBPA!!!!

Punyalah celaka Anwar Ibrahim ni....kira nak ambik kesempatan balas belakang saja!!!! Bila masalah puak-puak PR  ni buat demonstrasi agar SBPA di batalkan!! Yang semua rakyat tahu ialah puak-puak Pakatan Rakyat ni rajin  buat demonstrasi selamatkan China Doll , dok kalut dengan kes khalwat Badrul Amin, berebut jawatan Menteri besar dengan kelam kabut korek pasir seberapa banyak yang boleh sebelum kalah PRU13 nanti!!!

Tah mai mana tiba-tiba sahaja Anwar Belakang mai dari belakang hantam belakang SBPA!!! Tak taulah berapa ramai kakitangan awam yang terliwat dengan Anwar Ibrahim dalam isu SBPA ni!!!!



SBPA batal kerana Pakatan, kata - Anwar Ibrahim

GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli PR mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan.

“Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa.

“Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini,” katanya.

Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja.

“Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja.

“Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rak yat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India.

No comments:

Post a Comment