Wednesday, March 21, 2012

CUBA TENGOK...BODOHNYA ORANG JEPUN NI...!!!!!

Dalam Cina DAP berlumba-lumba nak keluar dari Malaysia sebab pasukan polis Malaysia yang jahat suka menganiaya kaum bukan Melayu dan rasuah!!!Anwar Ibrahim anak-beranak pula dok kata Malaysia tak selamat, tiba-tiba pula ada Jepun nak buat bandar Jepun dan nak bawa orang Jepun untuk jadikan Malaysia rumah ke 2!!! Tak ke bodoh tu namanya...dah hilang akal ke Jepun-Jepun ni...takkanlah tak percaya dekat DAP dan Anwar anak-beranak!!!!



Perbandaran baru Jepun di Johor
Oleh Junita Mat Rasid
bhbiz@bharian.com.my
2012/03/19

FUJIMURA  menunjukkan model  Little Japan.
FUJIMURA menunjukkan model Little Japan.
Ahli perniagaan Jepun labur RM500j majukan Little Japan di Taman Molek

MALAYSIA terus menjadi perhatian pelabur dan ahli perniagaan Jepun apabila kumpulan itu kini bercadang memajukan perbandaran baru yang dikenali sebagai Little Japan, konsep pertama seumpamanya di negara ini, yang membabitkan pelaburan mencecah RM500 juta di Taman Molek, Johor Bahru, Johor.
Ia bagi menempatkan warga negara Matahari Terbit itu yang berminat menyertai program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H).
Global Asia Assets (M) Sdn Bhd (GAAM), perunding bangunan dan aset untuk pelabur Jepun yang menjadi peneraju kepada projek berkenaan, berhasrat menarik 2,000 golongan mewah dari negara itu untuk menetap, bekerja atau menjalankan perniagaan di sini dalam tempoh lima tahun.

Ketua Eksekutifnya, Fujimura Masanori, berkata sejak Mac tahun lalu, pihaknya berjaya menarik kira-kira 70 warga Jepun untuk menyertai program MM2H dan jumlah itu dijangka meningkat selaras dengan pelaburan membangunkan bandar Little Japan di Taman Molek.

“Kita akan memulakan projek Little Japan di Taman Molek, yang mana warga Jepun dijangka melabur lebih RM500 juta untuk kediaman mewah, termasuk banglo dan apartmen mewah dalam tempoh beberapa tahun.

“Little Japan yang pertama seumpamanya di negara ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan bandar, termasuk premis perniagaan, restoran, spa, kemudahan perubatan dan rumah pesaraan bagi kemudahan warga Jepun yang mahu tinggal dan bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas program Kejohanan Golf Amal Sempena Memperingati Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun di Kelab Golf di Starhill Golf & Country Club, di Johor Bahru, semalam.
Kejohanan itu disertai kira-kira 50 pemain golf, termasuk pelanggan GAAM dari Jepun dan semua kutipan daripada acara berkenaan akan didermakan kepada Persatuan Palang Merah Jepun untuk diagihkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di negara terbabit.

Masanori berkata, setakat ini seramai 365 pelabur Jepun sudah menyatakan komitmen untuk pelaburan lebih RM400 juta untuk pembelian pelbagai rumah kediaman di kawasan itu, sekali gus menunjukkan kesediaan mereka menyertai program MM2H.

“Mengikut pelan, kita mahu Little Japan dilengkapi semua kemudahan yang diperlukan warga Jepun itu termasuk menerapkan nilai budaya, agama, masakan dan gaya hidup bagi menarik minat untuk mereka terus tinggal secara tetap di sini,” katanya.

Masnori berkata, kedudukan bandar raya itu yang hampir dengan Singapura, selain kemudahan infrastruktur yang lengkap, kos taraf hidup yang rendah, cuaca, komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keamanan menjadikannya sebagai kawasan yang idea dijadikan sebagai rumah kedua.


No comments:

Post a Comment