Tuesday, March 20, 2012

SEMOGA BERBAHAGIA BERSAMA SI DIA....!!!!

Ha..ha..ha..Buat apa nak tahan-tahan kalau dah nak terpancut....kalau tahan kencing boleh jadi batu karang!!!! Mana-mana ketua bahagian UMNO yang masih dok sokong Anwar Ibrahim boleh join sama...jangan jadi bacul!!! Nak bagi makan anak bini minta kat UMNO tapi pungkoq tala kat Anwar Ibrahim!!!



Kadir Sheikh Fadzir umum keluar UMNO


2012/03/19

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab tindakannya keluar parti.


'Tiada desakan mana-mana pihak keluar UMNO'


2012/03/20

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
KUALA LUMPUR: Bekas veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir semalam menegaskan keputusannya untuk keluar daripada UMNO dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.

Beliau yang dihubungi pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab mengapa keputusan keluar daripada parti keramat Melayu itu dilakukan.
Katanya, persoalan berkaitan karier dan perjalanannya dalam politik hanya akan dijelaskan secara terperinci pada satu sidang media yang akan diadakan di pejabatnya di Mines Waterfront Business Park, Mines Resort City, jam 10 pagi, Jumaat ini.
Kita akan adakan sidang media nanti (Jumaat ini). Di situ, saya akan jelaskan semua perkara, termasuk sebab musabab berhubung pengumuman keluar daripada UMNO serta tumpuan saya selepas ini. - Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
“Kita akan adakan sidang media nanti (Jumaat ini). Di situ, saya akan jelaskan semua perkara, termasuk sebab musabab berhubung pengumuman keluar daripada UMNO serta tumpuan saya selepas ini,” katanya.

Semalam, dalam satu kenyataan ringkas yang diterima media, bekas menteri Kabinet itu mengisytiharkan keputusannya untuk keluar daripada UMNO mulai semalam.

Beliau yang tidak menyatakan sebab pengunduran itu turut memaklumkan sudah pun mengirimkan surat (keluar daripada UMNO) kepada Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhirnya dalam UMNO.
Isu itu timbul apabila sebuah berita portal melaporkan Abdul Kadir mendakwa beliau diberikan sejumlah wang tunai dan diagihkan kepada pengundi antara RM200 hingga RM1,000 bertujuan membeli undi pada pilihan raya umum lalu.

Sehubungan itu, baru-baru ini Abdul Kadir menyatakan wang yang digunakan untuk kempen pilihan raya umum lalu bagi membeli undi disifatkan sebagai taktik ‘bom’.

No comments:

Post a Comment