Tuesday, December 6, 2011

MACAM BUDAK-BUDAK..!!!!

Apabila diri sendiri menulis secara memperli, si penulis bernama Amin Iskandar itu tanpa malunya mahu membuat laporan polis apabila diri beliau sendiri diperli !

Tajuk 'janganlah bersikap seperti budak kecil' mungkin trivial atau pun ringan di mata Amin Iskandar tetapi mungkin merupakan satu penghinaan yang sangat jijik dan jahat oleh pihak lain seperti Razali Ibrahim.


MiM pernah mengatakan bahawa salah satu cara mudah untuk mempopularkan diri dengan kadar segera ialah dengan mencuit bloggers pro-UMNO.

Kerana itu banyak isu yang sengaja dikaitkan dengan bloggers pro-UMNO sehinggakan kekalahan pasukan bolasepak Malaysia di perlawanan kelayakan Olimpik pun disalahkan bloggers pro-UMNO.

Jika tidak ada isu pun, akan ada juga pihak-pihak oportunis mahu pub
lisiti percuma yang akan menggunapakai bloggers pro-UMNO.

Mereka akan cuba mencipta isu berlandaskan kepada teknik dan konotasi penulisan yang berbeza-beza persepsi dan maksudnya, bergantung kepada penilaian pembaca itu sendiri.

Tambahan pula, bloggers pro-UMNO ini ibarat cuit peha kiri, peha kanan pun terasa!

Maka apabila ada pihak luar daripada parti dan komuniti MiM bernama Amin Iskandar mahu membuat laporan polis terhadap rakan blogger Papa Gomo di Balai Polis Jalan Travers jam 2`petang ini, MiM pun turut meluat dengan mamat Amin ini.

MiM juga tidak dapat lari daripada memikirkan bahawa Amin Iskandar itu juga mahukan publisiti percuma !

Malah, jika kita rujuk tulisan Amin Iskandar di dalam portal kaki belit, Malaysian Insider, kita juga akan lihat mentaliti seorang penulis yang berkias tetapi damaging perception terhadap individu yang diserang iaitu Razali Ibrahim!
 


baca sini

1 comment: