PANAS GILA: Aziz Bari Akan Berhenti Dari UIA. Bermakna Beliau Akan Di Buang Dalam 7 Hari Lagi.
Oleh: HHalem.
1-
Sebelum ini kita menulis bahawa Aziz Bari telah menyedari bahawa nasib
diri beliau tidak akan lama di UIA. Beliau telah membuat rayuan terakhir
dan menagih simpati kepada mana-mana parti politik pembangkang untuk
menolong menyelamatkan beliau.
“Nak bertanding dalam politik, sertai politik perlu duit. Siapa yang sanggup bagi duit” – Aziz Bari merayu di sini >
Kita
juga menulis supaya tunggu dan lihat, parti mana kah akan mendengar
rayuan Aziz Bari yang sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan untuk
bertanding.
2-
Hari ini samaada kita gembira atau pun tidak, Aziz Bari sedang membuat
keputusan untuk berhenti dari makan gaji yang tidak iklas dari UIA.
“Saya akan memberi jawapan didalam seminggu samaada akan kekal sebagai Professor di UIA atau berhenti dengan serta merta”
- Aziz
Bari memaklumkan kepada FMT di Akademi Merdeka, semasa mengenai
Perlembagaan di anjur oleh Institute for Democracy and Economic Affairs
(IDEAS).
Pada
pandangan penulis, jika kes 7 hari seperti ini, bermakna Aziz Bari
telah menerima surat tunjuk sebab dari Lembaga UIA supaya Aziz memberi
jawapan kenapa beliau tidak patut dibuang dari UIA. Jika jawapan tidak
memuaskan beliau akan dibuang atau beliau sendiri meletak jawatan dalam
masa 24 jam untuk menutup aib.
Bertahun-tahun
beliau berakar umbi tidak mahu berhenti dari UIA, dengan kesalahan demi
kesalahan dan beliau sanggup mengigit tangan yang memberi makan kepada
beliau; maka kes kali ini kita lihat Aziz Bari akan dibuang dari UIA.
Ia lebih kepada ‘dinasihatkan berhenti’ untuk menjaga maruah, air-muka dan periuk nasi masa depan beliau.
3-
Alasan yang diberi oleh Aziz Bari kenapa beliau akan berhenti, bernada
seperti orang yang amat kecewa. Dan ia mudah memperdayakan sesiapa yang
tidak arif dengan selok belok tipu muslihat sang Prof saka ini.
“Orang sekeliling saya, terutama rakan-rakan, sedang merana kerana buatan saya”
“Contohnya,
salah seorang sahabat saya melancarkan buku beliau. Beliau menyebut
nama saya sebagai tanda penghargaan. Hanya kerana itu setengah pihak
telah mempersoalkan kawan saya” - Aziz Bari kepada FMT
Baru
sekarang beliau teringat kawan-kawan apabila telah ditimpa bencana.
Baru sekarang teringat bahawa buatan beliau akan mempengaruhi orang
sekeliling yang tidak terlibat dan berdosa. Sebelum ini tidak terfikir
langsung.
Sebelum
ini juga beliau mengambil sikap, ‘pergi mampus dengan kawan-kawan’ dan
‘siapa peduli dengan kawan-kawan’ apabila beliau bolos dari sebarang
tindakan berkali-kali, untuk menunjukan beliau 'pakar' undang-undang dan
tidak lut dek amaran dan saman.
Sungguh
aneh dengan sikap beliau kerana beliau tidak langsung memikirkan akibat
dan hati berjuta orang-orang Melayu Islam dengan bersifat kurang ajar
dengan Baginda Sultan Selangor. Tetapi beliau amat mengambil berat, hati
dua tiga kerat sahabat beliau.
Dengan
itu ia jelas menampakkan bahawa Aziz Bari betul-betul terjebak,
terjerat dan akan dibuang dari UIA dan hanya menunggu masa sahaja. Ini
kerana beliau berkali-kali menyatakan yang beliau tidak akan sekali-kali
berhenti dengan sukarela dari UIA jika beliau tidak dipaksa berbuat
demikian. Ini adalah kerana beliau amat mencintai UIA dengan kebebasan yang diberi.
Isu Berpolitik Dalam Masjid.
Tiada
jalan lain sekarang kerana mana-mana Universiti yang waras tidak akan
menghampiri beliau. Jalan yang masih terbuka ialah bertanding didalam
PRU13 atas tiket PKR-PAS.
Jadi setakat mana kah perbincangan beliau dengan PKR-PAS?
Masih
lagi didalam proses pinang meminang dan tawar menawar dengan
mengharapkan potensi jangka panjang dan cepat naik anak tangga.
“Jika saya berhenti dari UIA, tidak bermakna saya akan memasuki mana-mana parti politik. Saya tidak mahu komit lagi. Biar saya fikir dahulu”
- Kata Aziz Bari menandakan proses pinang meminang belum lagi selesai.
http://hhalem.blogspot.com/2011/11/panas-gila-aziz-bari-akan-berhenti-dari.html
Aku rasa dia akan bertanding atas tiket DAP kerana DAP sendiri tengah cari calun di kalangan orang Melayu (yang lupa diri) hehehe
ReplyDeleteBingai @ Bangang...eloklah tu Melayu mcm Aziz Bari ni sesuai jadi BARUA CINA DAP!
ReplyDelete