Friday, December 16, 2011

BAHALUL TAK KE SUDAH

Kesian juga bila difikirkan bagaimana berazamnya bahalul sekor ni untuk menjadi baruaDAP!!!


 Perhimpunan: Permohonan Mat Sabu halang Parlimen ditolak

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan dua lagi untuk menghalang Parlimen daripada meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen, tidak kesampaian.
Ini ekoran daripada keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini, menolak permohonan yang dikemukakan oleh Mohamad bersama dua Ahli Parlimen Pas, Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad selaku pihak pemohon.
Hakim Datuk Rohana Yusuf dalam penghakimannya berkata, permohonan yang dikemukakan oleh pemohon-pemohon termasuk dua Ahli Parlimen itu hanya membuang masa mahkamah, bersifat pramatang dan menyusahkan selain tidak penting.
Menurut beliau, ini kerana sebagai Ahli Parlimen, pemohon boleh membahaskan isu berhubung rang undang-undang tersebut di Parlimen.
Ketiga-tiga pemohon juga, ujar Hakim Rohana, sebenarnya mempersoalkan peruntukan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan mengenai Keistimewaan-Keistimewaan Parlimen.
Mahkamah sehubungan itu menyifatkan, tindakan pemohon merupakan gangguan kuasa perundangan Parlimen.
Hakim Rohana yang menolak permohonan itu dengan kos RM8,000 juga berkata, pihak pemohon perlu menunggu rang undang-undang tersebut menjadi akta bagi membolehkan ia dicabar.
Pada 2 Disember lalu, ketiga-tiga mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 untuk menghalang ia dikuatkuasakan.
Mereka menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia sebagai pihak responden.
Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili pihak responden dan hujahan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili pihak pemohon.
Sementara itu, Mohamad memberitahu pemberita di luar mahkamah, beliau akan mengemukakan rayuan sehingga ke peringkat yang paling tinggi.

2 comments:

  1. Pejabat Peguman Negara buat APA??!! Saman jer mangkuk ayun tu kerana menghina dan menyusahkan mahkamah jer. Membazirkan masa dan membazirkan duit rakyat jer.

    ReplyDelete
  2. Bingai @ Bangang...puak2 tu tak tau nak buat kerja...bayangkan kalaulah Pemerintah Malaysia DAP n Mat Sabun tu MP UMNO...buat kerja bodoh mcm ni...mau tinggal seluar dalam kena saman!!!!!

    ReplyDelete