Wednesday, December 14, 2011

LAGI PROJEK GAJAH PUTIH BARISAN NASIONAL!!!!

Lagi peninglah kepala puak pembangkang selepas ni...Kepala rakyat pulak semakin ringan sebab dapat beli barang murah.Tapi itulah yang penting, kepala rakyat didahulukan...kepala puak pembangkang dipeningkan!!!!



25 rangkaian KR1M dijangka dibuka menjelang hujung 2011

13/12/2011 8:05pm

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Sejumlah 25 rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang hujung tahun ini, yang menawarkan 250 jenis barangan keperluan harian.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, kewujudan KR1M dilihat mampu membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam meringankan beban mereka membeli keperluan harian.
"Kita perlu sedar bahawa terdapat banyak golongan ”miskin bandar” di Kuala Lumpur walaupun kerajaan membantu mereka berpindah ke kawasan yang lebih selesa, namun pendapatan mereka masih sama dan saya percaya dengan adanya KR1M, ia sedikit sebanyak mampu meringankan beban perbelanjaan mereka,” katanya ketika merasmikan KR1M ke-19 di Taman Pagar Ruyung, Jalan Kuchai Lama hari ini.
Sementara itu, Pengurus Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Norman Abdullah berkata, pihaknya komited membantu kerajaan memperluas rangkaian KR1M ke seluruh negara, dan menjelang 2012, sebanyak 60 KR1M akan dibuka termasuk di negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak. – Bernama

No comments:

Post a Comment