Monday, December 12, 2011

LEMBU-LEMBU JAHAT DALAM ISU NFC

Sebetulnya ada TAUKE DAGING LEMBU yang takut akan kehilangan lembu-lembunya, jadi dihantar 3 ekor lembu untuk pembenihan lembu!!!



Rafizi, Saifuddin dan Zuraidah Memang Sah Telah Diperlembukan

Filed under: Nasional |

Laporan Ketua Audit Negara berkenaan program fidlot telah diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat secara terang-terangan. Memandangkan tidak ramai yang sanggup mengeluarkan duit dari kocek sendiri untuk mendapatkan naskhah laporan berkenaan, atau tidak tahu di mana harus dicari naskhah laporan tersebut, maka para pemimpin PKR khususnya berpendapat ia boleh dipergunakan bagi mendapatkan promosi terbaik tentang keprihatinan mereka terhadap wang negara.
Dalam hal ini, ternyata Zuraidah dan Saifuddin menggunakan keegoan dan cita-cita besar Rafizi Ramli dengan sebaik-baik mungkin. Zuraidah dan Saifuddin hanya berani membuat tuduhan di dalam Dewan ketika bersidang, sedangkan Rafizi Ramli yang mungkin tidak sedar kesan buruk yang sedang menantinya, membuat kenyataan kepada media di lobi hotel, sekaligus mendedahkan dia kepada tindakan perundangan yang bukan sahaja mungkin datang daripada Shahrizat Jalil atau NFC, malah lebih teruk lagi akan meruntuhkan PKR yang sedang berusaha mengumpulkan sumber kewangan untuk berpilihanraya.
Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara, program tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. (RUJUK MUKA SURAT 138 LAPORAN YANG SAMA). Geran pelancaran projek PFN berjumlah RM13 juta kepada NFC telah diluluskan pada 3 Oktober 2007 bagi penyediaan infrastruktur. Sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFC pada 25 Oktober 2007 dan Kementerian memutuskan baki geran pelancaran hanya akan dibayar setelah perjanjian perlaksanaan ditandatangani.
Selain daripada geran pelancaran, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM250 juta kepada NFC dengan kadar faedah 2% setahun bagi tujuan pembiayaan kos pembangunan dan operasi PFN. Pinjaman mudah ini telah ditandatangani di antara Kementerai Kewangan dan NFC pada 6 Disember 2007 dan sehingga akhr tahun 2010, sejumlah RM134.72 juta telah disalurkan kepada NFC.
Bagi tahun 2007 sehingga 2010, sejumlah RM48.71 juta (66.1%) telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.64 juta untuk membangunkan projek PFN.
Kesemua perbelanjaan ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang sebenarnya turut melibatkan sebuah syarikat lain iaitu APT Equity Sdn. Bhd menerusi tender terbuka bagi perlaksaan merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput dan membangunkan infrastruktur pengairan melibatkan keluasan tanah 5,000 ekar bagi tempoh 28 Disember 2006 sehingga 27 Jun 2007.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyiapkan kerja-kerja mereka pada tarikh yang ditetapkan sebaliknya hanya mampu menyiapkan kerja-kerja mereka pada 17 Januari 2008 melibatkan 3 lanjutan masa selama 204 hari. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang melibatkan keluasan tanah seluas 2000 ekar.
Kalau didasarkan kepada tuduhan, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Melayu-Melayu PKR itu sama ada di dalam dewan, mahupun di pentas ceramah, RM250 juta telah dibelanjakan untuk 8000 ekor lembu sahaja. Sekaligus menjadikan setiap ekor lembu itu berharga RM31,250 bagi setiap ekor. Sedangkan jumlah berkenaan turut merangkumi pembinaan prasarana, kos operasi, sewa tanah dan sebagainya.
Taktik murah sebegini sebenarnya memperlihatkan secara jelas bagaimana Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, sebenarnya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan terhadap pasaran daging di dalam negara ini bagi menggagalkan projek berkenaan. Mereka cuba menggunakan istilah nepostime dan kronisme bagi menggambarkan ‘kekejaman’ kerajaan memandangkan Shahrizat Jalil adalah salah seorang menteri, walhal pada masa syarikat suami dan ketiga-tiga orang anaknya itu mengambil alih projek berkenaan, Shahrizat bukan sahaja baru kalah dalam pilihanraya umum di tangan Nurul Izzah, bahkan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kabinet pun berikutan rombakan kabinet.
Projek berkenaan sebenarnya telah dimulakan pada tahun 2006 dan syarikat yang mendapat kontrak berkenaan adalah Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn. Bhd atau Lamberts. Syarikat ini merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat penternakan dari Australia. Lamberts bagaimanapun, menarik diri daripada projek tersebut pada 13 November 2008 kerana tidak mendapat sokongan daripada syarikat rakan kongsi yang membekalkan lembu.
Pembekalan lembu tidak dilakukan memandangkan wujudnya kekangan serta taktik jahat yang dilakukan oleh kartel-kartel daging yang menguasai pasaran di Malaysia bagi memastikan keuntungan besar dan monopoli yang selama ini mereka nikmati, tidak terjejas sama sekali. Sebarang pengeluaran berskala besar dari dalam negeri, menyebabkan kartel-kartel daging yang rata-rata bukan berstatus Bumiputera atau Islam, tidak mampu menguasai atau menentukan naik turun harga barangan keperluan tersebut. Apatah lagi, ketika kerajaan meluluskan Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara bagi mempertingkatkan populasi ternakan lembu dan menjamin bekalan daging yang lebih murah dan mudah, beberapa pihak menentang dasar-dasar tersebut dengan pelbagai alasan.
Apa yang dilakukan oleh Rafizi, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin sebenarnya memperlihatkan tentangan terhadap jaminan keselamatan bagi bekalan makanan negara sedang dipertingkatkan. Dan bukan itu sahaja, pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin PKR itu juga cuba ‘membunuh’ Shahrizat Jalil dan UMNO yang digambarkan sebagai pengamal rasuah, tanpa mereka sedikit pun teringin hendak memberitahu perkara sebenarnya.

baca sini

No comments:

Post a Comment