Saturday, December 24, 2011

PAS BERSANDIWARA LAGI....

Yang mana satu pilihan ...Dewan Ulamak mahu bersama mengagungkan Agama, Bangsa dan Raja-Raja Melayu bersama Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa atau terus bersekongkol  bersama PKR dan DAP meliwat agama ISLAM, BAngsa Melayu dan Raja-raja Melayu. Dewan Ulamak PAS bukannya BODOH sehingga tidak boleh menilai perjuangan yang mendaulatkan ISLAM dan sebaliknya!!!


Dewan Ulama Pas pertahan Hasan Ali, Nasharuddin

KUALA TERENGGANU 23 Dis. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan.
Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menegaskan, pendiriannya masih tidak berubah terhadap kewibawaan serta kesetiaan Nasharuddin dan Hasan kepada Pas dari dahulu sehingga sekarang.
Malah beliau tetap berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan masih diperlukan oleh Pas dan begitu juga sebaliknya.
“Sepertimana saya katakan sebelum ini, saya tetap berpendapat bahawa Pas masih perlukan Hasan dan Nasharuddin, begitu juga mereka masih memerlukan Pas.
“Ini bermakna kedua-dua belah pihak masih saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai Hasan dan Nasharuddin yang kini menjadi sasaran beberapa pemimpin tertinggi Pas ekoran tindakan mereka yang menyentuh soal dasar perjuangan parti berkenaan yang didakwa sudah terpesong daripada landasan sebenar.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dengan agenda UMNO.
Malah Hasan turut menjadi sasaran Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan tindakan beliau (Hasan) menyentuh dasar perjuangan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap parti itu dan beliau dinasihatkan agar ‘angkat kaki’.
Kelmarin, Nasharuddin pula menyelar tindakan pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dan menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.
Harun seterusnya yakin kemelut yang melanda parti itu sekarang akan dapat diselesaikan dengan baik sambil menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam mana-mana parti politik.
“Apa yang berlaku ini (membabitkan Hasan dan Nasharuddin) umpama kacau air di dalam cawan hingga air itu berkocak. Biasalah, kita kena letak gula atau susu sebelum kacau air itu hingga berkocak.
“Apabila letak gula dan susu, baru air itu sedap untuk diminum dan begitu juga dengan apa yang berlaku dalam Pas sekarang,” tambahnya.
sumber

No comments:

Post a Comment