Monday, December 12, 2011

PAPAGOMO AGEN SINGAPURA..!!!!!

Anwar Ibrahim yang sahkan PAPAGOMO agen Singapura!!!!!Anwar Ibrahim kata Papa Gomo mengancam keselamatan negara kerana masuk dalam kapal selam tersebut!!!!


Sebenarnya Anwar Ibrahim tak puas hati dengan PAPAGOMO yang jadi blogger pertama dapat naik kapal selam TLDM tu. Yalah Anwar Ibrahim kan ketua pembangkang, sepatutnya dialah yang naik kapal selam tu tapi dia takut sebab anak dia, Nurul Izzah kata kapal selam tu tak boleh selam!!!
Tapi elok juga Anwar Ibrahim tak naik kapal selam tu demi keselamatan anak-anak kapal selam itu sendiri!!!




DAP Mahukan Speksifikasi Dalaman Kapal Selam Scorpene Untuk Apa?

>> Monday, December 12, 2011




"Ibarat pasukan Bolasepak yang berada di Divesyen ketiga
melonjak naik ke Diyesyen kedua"

Itu lah perumpamaan yang dikatakan oleh Komander Baharuddin Md Nor Nahkoda kepada KD Tun Razak yang semalam belayar dan menyelam sambil membawa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang di perairan Langkawi.

Kenyataan itu disebut oleh Komander Bahar apabila Gomo bertanyakan mengenai situasi semasa yang hangat diperkatakan mengenai kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia.


Benar dan tepat itu lah kenyataan yang ringkas namun penuh dengan maksud tersirat yang kita sendiri perlu ketahuinya. Dulu kita tidak mempunyai Kapal Selam walaupun negara kita Malaysia ini dikelilingi oleh lautan dan juga menerima ancaman dari pelbagai pihak.

Sekarang ini dengan adanya 2 buah kapal Selam KD Tun Razak dan KD Tunku Abdul Rahman membolehkan Malaysia setanding dengan negara negara lain yang mempunyai Kapal Selam dalam menjaga perairan negara dalam melindungi Rakyatnya.

Sebelum ini Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh DAP merekayasakan fitnah jahat bahawa Kapal Selam Scorpene tidak boleh menyelam setelah dibeli oleh kerajaan. Ini merupakan satu kenyataan Fitnah yang mana matlamat mereka sebenarnya adalah untuk menyerang Najib Razak yang sekarang ini Perdana Menteri Malaysia.


Harga terlalu mahal kata Pembangkang malah semalam Lim Guan Eng DAP yang telah menaiki dan menyelam bersama sama anak kapal KD Tun Razak cuba SPIN sehabis mungkin dengan menyatakan harga yang terlalu mahal dibeli oleh kerajaan untuk Kapal Selam Scorpene ini.

Gomo nak nyatakan kepada semua apakah perlu setiap pembelian alatan ketenteraan diwar warkan kepada dunia? Apakah perlu untuk pihak Tentera menjelaskan serba detail kelengkapan dan infantri yang ada dan tidak ada dalam logistik kita?

Dunia hari ini berlumba lumba dalam mempertingkatkan ketenteraan negara masing masing dan Malaysia tidak boleh ketinggalan dengan situasi ini malah ianya perlu dipertingkatkan demi menjaga keselamatan Rakyat Malaysia.

Apa yang ada pada Kapal Selam KD Tun Razak dan juga KD Tunku Abdul Rahman jenis Scorpene ini tidak perlu dinyatakan kepada dunia. Apa yang ada dalam Kapal Selam juga tidak perlu untuk dijelaskan malah pergerakkan Kapal Selam juga tidak perlu dihebahkan kepada dunia.


Singapura lebih maju dari Malaysia, mereka membeli banyak kelengkapan ketenteraan dan boleh Gomo nyatakan ianya lebih canggih dari Malaysia. Namun sekali pun ianya tidak menjadi perdebatan kepada rakyat Singapura kerana apa yang dimiliki oleh Ketenteraan adalah rahsia negara dan kita perlu ingat jika waktu ini ada perselisihan antara Singapura maka Malaysia lah yang paling hampir dalam pertelagahan ini.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa Logistik yang ada pada pihak Tentera dan juga pasukan keselamatan lain adalah SULIT dan merupakan RAHSIA kepada negara. Belum ada lagi negara yang menghebohkan Speksifikasi kelengkapan mereka secara detail. KD Tun Razak dan KD Tunku Abdul Rahman juga begitu yang mana tidak lah perlu untuk dijelaskan secara detail kepada dunia.

Rakyat Malaysia harus sedar dan tahu bahawa negara negara luar sibuk mencari maklumat akan kelengkapan ketenteraan kita dan ini fenomena dunia yang tidak mampu dikekang kerana ketenteraan satu pekara yang amat penting kepada dunia.


Sedarlah niat Pembangkang yang diketuai DAP ini dalam agenda mereka meruntuhkan institusi yang ada. Polis diserang, Tentera diserang, Mahkamah diserang malah boleh Gomo nyatakan banyak badan kerajaan yang diserang bagi melumpuhkan dan menghasut rakyat Malaysia membenci kerajaan yang ada.

Kata kata Komander Baharuddin:


"Wang yang digunakan untuk membeli Kapal Scorpene ini adalah wang rakyat Malaysia, wang pembayar cukai sudah pasti kita TLDM akan mempertingkatkan khidmat dalam menjaga keselamatan negara. Namun tidak perlu dihebohkan apa yang ada dalam Scorpene ini demi keselamatan semua pihak"


"Makanan Moral kepada Anak Kapal"

Gomo dan ramai lagi anak Malaysia berada bangga kerana kita sudah mempunyai Kapal Selam yang mampu mengawal perairan negara dan seterusnya membuatkan kita rasa lebih selamat dalam tugas kita seharian. Anda pula bagaimana?


Psssttt... Jangan kita jadi pengkhianat kepada Negara.....

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

baca sini

2 comments: