Saturday, December 3, 2011

NFC: Tiada unsur pecah amanah

Laporan Awal Polis Kes NFC: Kalau Aku Ada Cengkerang

December 2, 2011   ·   20 Comments
N


Agaknya itulah yang didoakan pihak-pihak yang membangkitkan isu NFC ini, jelas laporan awal polis menunjukkan tiada unsur-unsur pecah amanah seperti yang didakwa dan dijaja di seluruh Malaysia.
Kalau ada cengkerang, boleh juga masukkan kepala ke dalamnya, macam kura-kura dan siput (bukan cifut ya).
Ada pihak maklumkan penulis, terang dan sah ada unsur pecah amanah sebab duit pinjaman digunakan untuk beli kondo bagi tujuan pelaburan, tapi sepanjang pengetahuan penulis, selagi tidak ada klausa dalam terma-terma pinjaman yang menyatakan sedemikian maka tidak ada salahnya untuk si peminjam membelanjakan wang tersebut untuk apa tujuan yang difikirkan sesuai.
Lagipun itu wang pinjaman, perlu bayar balik, bukan geran yang hapus terus.
Contoh, Anwar buat pinjaman dengan bank untuk apa tujuan sekalipun, selepas dapat wang, dia gunakan untuk membayar pelacur muda dari China RM 2,000 semalam, adakah boleh pihak bank boleh tuduh Anwar pecah amanah?  Bodohlah bank, selagi Anwar mampu bayar balik, apa pun tujuan dibelanjakan itu terpulang kepada dia.
Di Selangor hari ini, penyalahgunaan wang rakyat begitu berleluasa sekali, cetak akhbar Selangor Kini, bayar penginapan perwakilan PKR dari Sabah dan banyak lagi yang langsung tidak ada kaitan dengan kepentingan negeri.
Mewujudkan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri itu sendiri adalah penyalahgunaan wang rakyat yang terbesar, benarlah diwar-warkan Anwar hanya menerima bayaran RM 1 sebagai gaji tapi bagaimana dengan kakitangan, perbelanjaan ke luar negeri, faedah-faedah lain dan sebagainya?
Logiknya, Rafizi Ramli tidak mungkin meninggalkan jawatan bergaji lumayan di Petronas jika hanya menerima RM 1 setiap bulan untuk bekerja dengan Anwar di pejabat tersebut.  Sebab itu pendedahan Rafizi ini tidak panjang ke mana, hantar SPRM kena tolak, hantar polis takde kes (setakat sekarang) sebab dia sendiri menghabiskan wang rakyat Selangor untuk tujuan yang tidak kena mengena langsung dengan kepentingan negeri itu.
Penulis tidak ada locus standi untuk buat laporan kerana bukan rakyat Selangor dan tidak terjejas dengan salah guna kerajaannya. Kalau tidak SPRM akan berikan penulis pas keselamatan khas untuk mudahkan penulis ulang alik masuk buat laporan setiap hari.  Sesekali berkunjung ke Selangor pun, bersepah bukti salahguna kuasa kerajaan Pakatan haram ini boleh dilihat dan ditatap.
Stadium, jalan dan sebagainya yang buat kita tak rasa dan nampak Selangor itu antara negeri maju di Malaysia.
Inilah sebenarnya penyalahgunaan wang rakyat, bukannya hal NFC ini yang melibatkan pengeluaran wang rakyat dalam bentuk pinjaman untuk satu tempoh yang panjang (30 tahun).  Dimana-mana dalam dunia pun tidak ada kandang lembu yang boleh membiakkan lembu sebanyak 60,000 ekor dalam masa 3 tahun melainkan sperma Anwar dan Rafizi kalau dikacuk boleh membentuk lembu!!!
Sasaran 60,000 bukan dalam tempoh 3 tahun sebaliknya 8,000 ekor setahun dalam tempoh sekarang.
Tambahan lagi penulis dimaklumkan audit Jabatan Audit negara mengenai NFC bukan dibuat di pejabat NFC sendiri sebaliknya di Kementerian Pertanian yang mengawasi NFC.  Bidang kuasa Ketua Audit negara tidak mencakupi syarikat-syarikat swasta sebaliknya terhad di jabatan kerajaan dan agensi berkaitan.  Syarikat swasta, mana-mana pun dalam negara ada sistem auditnya sendiri di bawah Akta Syarikat.
Jadi kalau laporan kata ‘messy’ (bukan salah guna kuasa, penyelewengan, gagal atau apa), itu bukan di NFC sebaliknya di Kementerian Pertanian.
Penulis tidak ada apa kepentingan dalam hal NFC ini, dengan Shahrizat pun penulis tidak ada apa-apa hubungan istimewa.  Tapi sebagai manusia, penulis kasihan dengan beliau yang dikritik hebat kerana perniagaan yang dijalankan suaminya dan namanya pun tidak wujud dalam mana-mana bahagian pada carta organisasi syarikat tersebut.
Satu yang kita kena fahamkan, NFC ialah syarikat keluarga dan bukan satu yang luar biasa melantik kalangan ahli keluarga sendiri sebagai pekerja.  Yang mengaitkan dengan isu awam ialah menerima pinjaman dari kerajaan untuk kepentingan nasional (mengurangkan pergantungan kepada daging import) dalam masa panjang, 30 tahun.
NFC bukan macam PMBK atau Kumpulan Semesta milik kerajaan negeri masing-masing Kelantan dan Selangor dimana menantu dan abang Menteri Besar dilantik menduduki jawatan penting.  Ini yang perlu difokuskan supaya tidak dikelirukan.
Tidak hairan kenapa ramai diantara komuniti perniagaan jadi tertanya-tanya, apa isu sebenarnya NFC ni?  Siasatan awal polis juga mengesahkan tanda tanya yang wujud.



NFC: Tiada unsur pecah amanah


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri Kabinet setakat ini tidak menemui sebarang unsur pecah amanah atau penyelewengan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya juga sudah merakamkan percakapan lebih 74 individu termasuk suami dan anak kepada menteri Kabinet itu bagi membantu siasatan kes tersebut.
Beliau memberitahu, pihak polis dari semasa ke semasa, menemui bukti atau maklumat terbaru berhubung isu tersebut dan akan terus menyiasat kes berkenaan.
"Masih ada individu yang akan kita rakam percakapan mereka dan siasatan kes ini masih berjalan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Rondaan Bersama PDRM-Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah program Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Sungai Buloh di sini, hari ini.
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Md. Rashid dan Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Robert Phang.
Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.
Tambah Khalid, pihaknya akan memanggil Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk dirakam percakapan sekiranya diperlukan bagi membantu polis dalam siasatan isu NFC itu.
Beliau berkata, orang ramai diminta memberi ruang dan masa kepada polis menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung isu tersebut.
"Jika ada keperluan untuk memanggil beliau (Shahrizat), kita akan panggil untuk membantu siasatan. Tapi buat masa ini, tiada keperluan untuk merakam percakapan beliau.
"Ada macam-macam maklumat dan bukti baru yang kita terima dan siasatan kita akan berlandaskan kepada bahan-bahan bukti ini," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu, Khalid menjelaskan, PDRM menyambut baik perubahan itu yang bermatlamat membenarkan orang ramai berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
Katanya, beliau merasakan akta baru itu merupakan satu anjakan paradigma yang besar kerana kuasa itu bukan diberikan kepada polis tetapi orang ramai bebas mengadakan perhimpunan dengan syarat ia bukan demonstrasi jalanan.
"Bagaimanapun, kita sentiasa berjaga-jaga dan memantau setiap perkara itu bagi memastikan keadaan keselamatan dan keamanan terjamin," katanya.

No comments:

Post a Comment