Friday, December 23, 2011

UMAT ISLAM TERPAKSA PERANGI PARTI SLAM!!!!

Mungkin inilah jalan terbaik bagi mempertahankan Madrasah Salihiah dari di robohkan oleh kerajaan Slam PAS!!!Semoga usaha ini berjaya!!!



Tindakan roboh madrasah: AJK rayu bantuan istana

23/12/2011 2:52pm

ALOR SETAR 23 Dis. - Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di sini akan menghantar memorandum kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak lama lagi bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan madrasah itu.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mansor Ahmad berkata, memorandum itu akan dihantar bagi menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri merobohkan madrasah berkenaan untuk dibangunkan sebagai pusat membeli belah.
"Kita akan menghantar memorandum tersebut selepas kita selesai mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah dan kemungkinan besar kita turut akan menghantar memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di sini hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment