Friday, December 2, 2011

JET PEJUANG TERBARU TUDM AKAN BUAT PUAK PAKATAN RAKYAT MENYALAK LAGI..!!!!

Pening puak Pakatan Rakyat sebab LIMA 2011 akan mencipta sejarah!!!




4 jet pejuang terbaru di dunia sertai LIMA


2011/12/01

LANGKAWI: Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang memasuki edisi ke-11 bermula Selasa ini akan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi `tapak permainan' bagi juruterbang empat jenis jet pejuang terbaru di dunia.
Empat jet pejuang terbabit yang bersedia memperaga diri pada pameran dwitahunan itu termasuk Eurofighter Typhoon buatan Eropah, Rafale (Perancis), Gripen (Sweden) dan FA-18 Super Hornet (Amerika Syarikat).
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad, berkata juruterbang pesawat tempur itu bukan saja bersedia mempamerkan kemahiran sebagai juruterbang pejuang, malah membuat formasi menarik pertunjukan udara.
Katanya, jet pejuang terbabit akan tiba secara berperingkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) sebelum majlis perasmian LIMA 2011 yang dijangka disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Selasa ini. "Ini adalah kali pertama empat jenis jet pejuang terbaru di dunia dapat berhimpun pada satu lokasi pameran aeroangkasa bertaraf antarabangsa dan ia menjadi satu sejarah kepada penganjuran LIMA kali ini. "Selain itu, pasukan aerobatik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dikenali sebagai Kris Sakti hanya menunggu saat untuk mempamerkan aksi menggerunkan menggunakan pesawat Extra 300L," katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 8/2011 di Kem Lagenda Seri Negeri di sini. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Dr Ismail berkata, sejumlah 64 pesawat menyertai segmen udara di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), manakala kapal selam kedua negara KD Tun Abdul Razak dijangka menjadi tumpuan bagi segmen maritim di Awana Porto Malai.
"Bagi menjanjikan pertunjukan udara yang menarik, pasukan Kris Sakti yang menggunakan 100 peratus juruterbang tempatan menjalani latihan lebih dua bulan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
"Jet pejuang Sukhoi SU-30MKM, MiG-29N Fulcrum, F/A-18D Hornet dan Hawks 108/208 juga sudah bersedia membelah ruang angkasa Langkawi masing-masing pada dua jam pertunjukan udara sebelah pagi dan petang," katanya.
Beliau berkata, pada 6 hingga 8 Disember MIEC yang juga lokasi utama LIMA 2011 hanya dibuka kepada tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan, manakala 9 dan 10 Disember untuk pelawat awam dengan bayaran masuk RM10.
"Sementara bagi segmen maritim di Awana Porto Malai yang menempatkan kapal dari Australia, Bangladesh, Brunei, Indonesia, India, Pakistan, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Amerika Syarikat, masuk adalah percuma," katanya.

No comments:

Post a Comment