Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana
menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu
Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China
sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan
dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang
mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk
Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus
Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala
Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu
pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut
ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di
China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya
adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang
dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19
November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang
lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim
Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia
berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya
oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala
Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan
ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA.
Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan
kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana
menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika
itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan
Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya
serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – The malaysian
Insider 28 Mac, 2014.
Bagi generasi yang sempat melalui pemilihan UMNO 1987 perkara yg Tun Musa beritahu bukan baru. Tak tahulah siapa yg salah, tapi sekarang kita perlu fikir golongan manakah yg perlu disokong supaya Islam dapat ditegakkan.
ReplyDeleteBukti ketiadaan Tun M di dalam Malaysia jelas...
Deletehttp://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/03/fitnah-terbaru-musa-hitam-terhadap-tun.html