Insurans percuma untuk jururawat - AirAsia
Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia akan memberi penghargaan berupa insurans penerbangan percuma selama sebulan kepada para jururawat di negara ini bermula hari ini sebagai tanda kekesalan syarikat.
"Meminta maaf kepada mereka adalah tindakan terlalu murah. Jadi, kami akan memberi insurans penerbangan percuma kepada mereka (jururawat) selama sebulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Perjalanan AirAsia 2014 di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan WCT Holdings Bhd., Peter Taing.
Fernandes ditanya demikian berikutan desakan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsia.
Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan "You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses atau "anda mahu ibu anda, disebabkan anda berada di hospital dengan jururawat-jururawat yang teruk."
MMA semalam melahirkan kekecewaannya dengan tindakan syarikat penerbangan tambang murah itu kerana memaparkan iklan bagi perkhidmatan insurans yang dikatakan memburukkan imej jururawat di negara ini.
Presiden MMA, Datuk Dr. N. K. S. Tharmaseelan berkata, iklan tersebut secara tidak langsung memberi tanggapan tidak baik terhadap industri perubatan kepada penumpang yang menaiki kapal terbang tersebut.
No comments:
Post a Comment