Penerimaan rakyat semakin baik - Chew Mei Fun
Info Post
Calon BN,
Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat keyakinan kuat untuk meneruskan
kempen menjelang Hari Pengundian Pilihanraya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini
kerana penerimaan baik rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang ini.
"Berbanding
sebelum ini, nampaknya kali ini nampak lebih baik walaupun baru tiga
hari waktu berkempen sebaik hari penamaan calon, 11 Mac lalu, namun
sebenarnya sudah 20 hari menemui masyarakat di sini.
"Saya rasa
dengan niat kita untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat
khususnya pengundi di Kajang ini, mereka telah pun dapat menerima dan
faham hasrat kita, jadi harapan saya agar pengundi Kajang dapat menerima
dan mengundi saya 23 Mac ini untuk menjadi wakil mereka selepas ini,"
ujarnya selepas membuat walkabout menemui peniaga di pekan Kajang.
Tambahnya,
pendekatannya ialah menemui seberapa ramai pengundi di Kajang, khususnya
di kawasan-kawasan yang belum dikunjunginya sebelum ini, selain
mendapatkan maklum balas penduduk mengenai permasalahan rakyat di
kawasan Kajang ini.
"Masalah
yang dihadapi penduduk di sini hampir sama tetapi ada kawasan
masalahnya lebih serius seperti masalah infrastruktur yang tidak
mendapat penyelerenggaan yang baik, kurang baik pulih dan tidak dijaga
dengan baik.
Di kawasan
bandar Kajang ini, masalah keselamatan agak kurang baik dan serius.
Sehubungan dengan itu, kita harus sediakan perancangan atau mungkin ada
cadangan untuk kita meningkatkan keselamatan kawasan di sini," tambahnya
lagi. - Sahabat Gunung
No comments:
Post a Comment